Video & Gambar : Sekitar Persembahan Makyung Raja Adil di ASWARA

Terkini : Laporan Harian Metro 5 Mei 2008

makyung-aswara-2

Baca keseluruhan artikel …

Pada 24-27 April 1008 yang lalu, telah berlangsung persembahan Makyung Raja Adil selama 3 hari beturut-turut. Persembahan Makyung di lakonkan oleh pelajar-pelajar ASWARA yang mengambil kursus Makyung di bawah bimbingan Fatimah Abdullah atau panggilan mesra Kak Asmah, adik ipar kepada Seniman Negara iaitu Allahyarhamah Khatijah Abdullah.

Penampilan istimewa selaku pemain rebab jemputan, Ayahanda Che Mat Jusoh seorang pemain muzik tradisional yang sudah banyak kali ke luar negara untuk mengadakan persembahan Makyung.

Lagu Mengadap Rebab

Persembahan Makyung kali ini mencatat sejarah tersendiri kerana watak Pak Yung Bukan Melayu pertama di Malaysia. Jessica Ho, baru berusia lingkungan 20 tahun dan kini berada di tahun akhir Diploma Tari ASWARA, memiliki Diploma Muzik dari ABRSM, Advanced Ballet dari Royal Academy of Dance, The Champion of National Ballet Competition 2006 dan 10 A dalam SPM. [ sumber - ngadapseni.blogspot.com ]

Kepetahan dan kebolehan Jessica bercakap dalam dialek Kelantan boleh di banggakan dan kebanyakan pelakon adalah bukan dari negeri Kelantan. Satu pujian yang boleh di berikan atas kesungguhan semua pelakon.

Watak Peran yang melucukan

Selama 2 jam lebih persembahan berlangsung. Gambar di sekitar persembahan..

2-.-mengadap-rebab

7.-mengadap-rebab

Pembukaan persembahan dengan lagu mengadap rebab

3-pakyun-dan-peran

Aksi Pakyung (Raja Adil) dan Peran Tua

peran-muda-peran-tua 

Peran Tua dan Peran Muda

 4-aksi-pakyung

5.-orang-kampung 

6.-dayang---dayang

Pembesar, Dayang-dayang dan pengasuh.

8.-main-rebab 

Alunan gesekan Rebab yang mengiringi persembahan

9-che-mat-jusoh

Penulis (kanan sekali) bersama Ayahanda Che Mat Jusoh dan rakan-rakan dari Komuniti Dikir Barat Malaysia yang turut sama turun padang.

Kaitan : 

1. Sebalik tabir Raja Adil

2. Pakyung bukan melayu pertama di Malaysia

04. May 2008 by sobekmy
Categories: Dikir Barat, Umum | Tags: , , , | 2 comments

Comments (2)

  1. Proud To be Part Of The MakYung Raja Adil as Mek Cina. Great Job On The Post. :D

  2. tahniah….tahniah…….

Leave a Reply

Required fields are marked *

*