[Video & Gambar] Berita Terkini KB Mall Runtuh – Kereta Jatuh Dari Bumbung Tempat Letak Kereta KB Mall
Kejadian gempar ini berlaku di salah sebuah pasaraya terbesar di Kelantan, KB Mall. Koleksi video dan gambar di bawah menceritakan segalanya.
Gambar-Gambar Di tempat Kejadian

Kemaskini Gambar dari kb-mall-runtuh.blogspot.com
![[KB+MALL+RUNTUH+3.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_q9vDgZ-ljak/SxuZigVvAMI/AAAAAAAAATs/Jb9YZSwyuUg/s1600/KB%2BMALL%2BRUNTUH%2B3.jpg)
![[PEMANDU+KENDERAAN.jpg]](http://1.bp.blogspot.com/_q9vDgZ-ljak/SxxtSxMLpuI/AAAAAAAAAVw/Wl9veF6UE50/s1600/PEMANDU%2BKENDERAAN.jpg)
Pemandu kereta, Nor Ain Said yang terselamat
![[kb+mall+runtuh.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_q9vDgZ-ljak/SxxtTDSzJaI/AAAAAAAAAV4/cfCoHzU0epg/s1600/kb%2Bmall%2Bruntuh.jpg)
Kemaskini Gambar dari perisik-rakyat.com










Kemaskini : 2 pelajar perempuan Masterskill terbunuh, seorang berada di ICU manakala pemandu sebuah kereta Ford Laser Hatchback bernombor plat Selangor (BCL 3210) dan seorang penumpang kereta tersebut melarikan diri.
Berita Penuh :
Di Kota Bharu Kelantan dua orang pelajar perempuan Masterskill maut dan seorang lagi parah selepas sebuah kereta dari tingkat tiga sebuah pasaraya KB Mall terjunam sebelum menghempap mangsa. Kejadian berlaku jam 5.40 petang tadi.
Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta jenis Ford Laser dan dua lagi penumpang kesemua-nya dipercayai wanita, sedang belajar memandu di tempat letak kereta atas bangunan pasaraya itu. Kemudian, kereta yang dipandu itu gagal dikawal dan merempuh bumbung pasaraya berkenaan sebelum terjunam ke eskalator yang berada ditingkat dua.
Pada ketika itu, mangsa, Siti Nor Amira Samsuddin 19, Siti Nor Diana Azman, 18 dan Rashidah Ahmad Lutfi 24, berada di-eskalator berkenaan. Mangsa, Siti Nor Amira yang cedera parah dikepala mati ditempat kejadian, manakala Siti Nor Diana mati dalam perjalanan ke hospital setelah pendarahan teruk di kepala. Manakala rashidah cedera parah,dan masih berada di unit rawatan rapi ICU, Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.
Bagaimanapun, pemandu dan penumpang kereta berkenaan dipercayai melarikan diri. Kejadian itu turut menggemparkan pengungjung di pasaraya berkenaan. Ketua polis daerah kota bharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Bagaimanapun polis masih menyiasat kes itu dan meminta pemandu dan pemunpang kereta berkenaan tampil dan membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Buat sementara waktu pasaraya kb-mall di tutup kepada orang ramai sehingga siasatan selesai dan ia disahkan selamat untuk dikunjungi. [sumber : nixkgeekier.net]
Dalam pada masa yang sama, ada 3 remaja lelaki ambil kesempatan mencuri pakaian dalam pasaraya dan berjaya di tangkap.

![[KBMALL+RUNTUH.jpg]](http://3.bp.blogspot.com/_q9vDgZ-ljak/SxvB0dxI63I/AAAAAAAAAVE/oR-WqPHMhXI/s1600/KBMALL%2BRUNTUH.jpg)
Sempat Lagi Mencuri – Dalam perkembangan berkaitan, 3 remaja lelaki telah ditahan didalam KB Mall oleh para pegawai yang bertugas setelah dikesan cuba mencuri pakaian ketika para pegawai bertugas sedang sibuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan siasatan kemalangan tersebut. Kesemua remaja tersebut yang dikenal pasti berasal dari Pengkalan Chepa telah ditahan setelah seorang pengawal menahan mereka yang dikesan memakai beberapa lapis pakaian yang dicuri. ke 3-3 remaja tersebut kemudiannya ditahan dan dibawa ke bilik pengawal KB Mall dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. [Sumber : perisik-rakyat.com]
Kemaskini dari Akhbar Tempatan :
Utusan Malaysia : Dua maut kereta terjunam dari parkir pasar raya – KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini…. Berita Penuh
The Malaysian Insider : Two dead, three hurt after car plummets three storeys – KOTA BAHARU, Dec 6 — Two students from Masterskill College of Nursing and Health here were killed while another two were seriously injured when a car plunged from the parking area of KB Mall here at 5.40pm today…more
Berita Harian : Terhumban celah dua eskalator – Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Gua Musang, mati di tempat kejadian, manakala rakannya, Siti Nordiana Azman, 18, dari Wakaf Bharu, Tumpat, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). Kedua-dua mangsa yang menuntut di Kampus Metro Masterskill Kota Bharu itu cedera parah di kepala…Berita Penuh
06. December 2009 by sobekmy
Categories: Berita Terkini |
Tags: Allowscriptaccess, Amira, Amp, Azman, Bcl, Belajar Memandu, Berita KB Mall Runtuh, Berita Terbaru KB Mall Runtuh, Berita Terkini, Berke, Bumbung, Cedera, Dgn, Eskalator, Ford, Ford Laser, Ford Laser Hatchback, Foto KB Mall Runtuh, Gagal, gambar, Gambar Baru KB Mall Runtuh, Gambar KB Mall Runtuh, Hl En, kb mall, KB Mall Runtuh, Kemaskini, kereta jatuh, Kereta Langgar KB Mall Runtuh, Kereta Satria, Kota Bharu Kelantan, Kredit, Levi, Levi S Store, Levi Store, Lutfi, Mana, Maut, Maut KB Mall Runtuh, Mu, Param Name, Pendarahan, Plat, Rashidah, Rosak, Selangor, Siti Nor Diana, Tempat Letak Kereta, Teruk, Tragedi KB Mall Runtuh, Type Application, video, Wanita, Watson, Www Youtube, X Shockwave Flash |
8 comments
![[KB+MALL+RUNTUH+4.jpg]](http://2.bp.blogspot.com/_q9vDgZ-ljak/SxuZjDY0LiI/AAAAAAAAAT0/_6l-3qNWyKM/s1600/KB%2BMALL%2BRUNTUH%2B4.jpg)

Pingback: aktechpage.com – Internet, technology, tips, motivation, issues & making money online » Koleksi Gambar & Video Accident di KB Mall
Pingback: KB Mall Di Nobat Kompleks Beli Belah Terunggul Di Malaysia | Weblog Salam Pantai Timur
Pingback: Informasi Terkini Politik, Hiburan, Ekonomi, Masyarakat, Artis Dunia Dan Macam-Macam » Kereta Jatuh Di KB Mall, Kota Bharu
bodoh ke apa dua tiga ekor budak tu..mmg malang mak ayah diaorang..sempat lagi mencurik time2 cam gini..padan muka..aku harap abg berbadan besar tu melempang dua tiga bijik kat dua tiga ekor mamat nih..aku rasa drug addict budak2 nih..
bdk2 lar kte kn
Kejadian ini amat menakutkan ramai malahan maut kepada
sesiapa yg berdekatan.Kerugian harta dan nyawa muda saya simpati.Saya ingatkan kepada umur remaja jangan
cuba ketut telur dengan batu.Nak tujuk pandai biar kena tempat.Sekian salam hormat dari saya diIreland
sabar jer
bile tgk lik..rase sedih lak..
takziah skali lg wat mangsa..
errrr..bnde pe yg laju td 2?