VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat

Freshbooks Invoicing System

 VCD-akademi-arjunasukma

VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat ini diterbitkan atas permintaan yang tinggi di kalangan para guru, jurulatih serta pendikir yang baru mengenal seni Dikir Barat.

Memandangkan permintaan yang tinggi ini, Akademi Arjunasukma telah berusaha untuk menerbitkan vcd ini, dengan bantuan kumpulan kami yang memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Berbekalkan pengalaman Arjunasukma selama 22 tahun berkecimpung dalam arena Dikir Barat bermula dari peringkat bawah hingga ke tahap profesional, syukur Alhamdulillah pada hari ini..vcd yang pertama di dunia ini kini berada di pasaran.

VCD ini mesti dimiliki oleh semua para guru, Jurulatih, Pelajar dan Penggiat Dikir Barat sebagai panduan utama untuk menerangkan dengan tepat asas teknik-teknik muzik dikir barat.

VCD ini disusun dan disunting secara terperinci bermula daripada pengenalan terhadap alat-alat muzik asas, fungsi alat muzik, teknik penghasilan  bunyi, jenis-jenis rentak paluan dan contoh-contoh lagu.

Semoga dengan kelahiran VCD ini dapat melahirkan generasi celik seni dan lebih menghargai martabat seni kebudayaan khususnya Dikir Barat pada masa akan datang.

Teknik-teknik asas Dikir Barat di muatkan dalam VCD Akademi Arjunasukma yang boleh di dapati dari kami sekarang berharga RM20

Dapatkan VCD ini di sekarang >>>

Sila kongsi serta tinggalkan komen dan jadi orang yang pertama mendapatkan berita terbaru dari Weblog Salam Pantai Timur terbaru melalui email.
This entry was posted in Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>