Seman Mamat atau Seman Wau Bulan aktif berdikir barat bersama 50 orang rakan dalam kumpulan nyanyian bersama kumpulan “Puak Kampung Pondok Kubang Tin” , Peringat pada tahun 1958.
Beliau juga belajar daripada tokoh-tokoh termasuk Pak Leh Tapang dan Hussin Belimbing pada masa itu.
Setelah 36 tahun menjadi tukang karut, beliau sekarang hanya beminat untuk mempersembahkan dikir barat di majlis-majlis amal sahaja
Menyentuh tentang gelaran wau bulan , beliau memberitahu bahawa setiap tukang karut mempunyai gelaran tersendiri mengikut pilihan lagu bagi menutup persembahannya.
Lagu wau bulan yang asal-usulnya mempunyai kaitan dengan Hikayat Dewa Muda menyebabkan beliau berminat untuk membawa lagu tersebut.
Menurut beliau, lagu wau bulan yang didendangkannya semasa penutup persembahan dikir barat, adalah satu cara untuk meminta maaf daripada penonton sekiranya terdapat kata-kata yang yang menyinggung perasaan ramai.
Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Belukar Beta Hulu pada usia 65 tahun.
P/S: Sertai perbincangan tentang tokoh-tokoh Dikir Barat di Komuniti Dikir Barat Malaysia.
Kredit: Abeorekelate




kalu boleh buat koleksi lagu2 karut seman wau bulan
untuk di contohi oleh generasi muda..
Saya walaupun bukan warganegara kelantan, sy memang minat dikir karut. Allahyarham ayahanda saya peminat setia dikir karut. Sejak zaman Ku Mat, Rohaya, Mat Yeh dan ramai lagi. Tape dikir karut pernah berada dirumah saya hampir 250 keping pelbagai koleksi pada sekitar tahun 80 an.saya sekarang ini berada di UK saya nak cari Orinal Karut Hikayat Dewa Muda dan Wau Bulan origal karut oleh Seman Wau Bulan.
Any informatian emailkan pada saya
Tq very much
ye ye
nie dio cucu seman wau bule atuk kawe sedak sunguh nyayi@bowok lagu nie kawe ado simpe lirik lagu wau bule die berpuluh pulu lagi hok buleh guno hok lain punok keno mkn ko anai2. sedih hilang wira seni dikir
AL_FATIHAH KPD ARWAH SEMAN WAU BULAN.