Sekolah Untuk Latihan Beruk

Sekolah untuk latihan beruk memetik kelapa diperlukan sebagai usaha untuk menyelamatkan beratus ribu hektar ladang kelapa di Kelantan daripada menjadi terbiar akibat tiada tenaga manusia yang mampu memetik buahnya.

Pemilik beruk yang sudah berpengalaman akan di berikan elaun khas sebagai jurulatih.

Kelebihan beruk mampu memanjat dan memetik kelapa setinggi 20 meter berbanding dengan tenaga manusia.

“Sekiranya tiada beruk yang terlatih di setiap kampung terutama kampung tradisional, kemungkinan pemilik kebun kelapa dan petani yang tinggal di pesisiran pantai Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, akan hilang sumber pendapatan daripada hasil buah kelapa”, ADUN Jelawat Datuk Dr. Ilias Hussain berkata kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Beruk Memetik Buah Kelapa di Kampung Kual, Gunong.

Sumber: Bernama

[tags]berita[/tags]

03. February 2007 by sobekmy
Categories: Umum | 7 comments

Comments (7)

  1. hehehehe.. macam ni pun boleh ke??

  2. owh boleh je, mmg dah ada sekolah utk monyet nie kat kelantan..

  3. bagus ni..
    buleh meningktkan peluang pekerjaan kt klate ni..
    kijo jd cikgu beruk..
    lumayan gaji tu..

  4. owh boleh jgk..wak mano takdok kejo abih ngaji tue.. bleh la apply sini.

    http://www.cikgu-beruk.com

    haha..wak lawak jahnie..jgn sero hati kawan2 deh..

  5. kalu demo kisoh cikgu beruk demo lawat kt blog kawe htp//;iwankerteh2.wordpress.com

  6. assalamualaikum semua…
    saya berminat utk mendokumentasikan cerita ” sekolah beruk ” ni dengan lebih terperinci lagi..saya harap saudara semua dapat membantu saya memberikan sumber yang lebih tepat utk saya membuat kajian di tempat tersebut..
    boleh saya tahu lokasi sekolah beruk tu dengan siapa boleh saya berhubung…

    FILMAKERS

  7. Sekolah latihan beruk pun ada terdapat diThailand.Saya tidak pasti di lokasi mana,samaada di Bangkok atau di Phuket.memang bolih di buat sebagai satu tarikan pelancongan untuk jangka panjang.Walaubagaimanapunj biar lah ia jadi satu realiti bukan angan-angan kosong seperti yang diuar-uarkan.

Leave a Reply

Required fields are marked *

*