2007-02-2
Review Surat Khabar Sinar Harian : Akhbar Orang Kelantan & Terengganu
Kali nie ambo nak buat review sikit pasal suratkhabat Sinar Harian keluaran Kumpulan Karangkraf. Mungkin ramai lagi yang tak pernah pegang dan baca sendiri suratkhabar untuk orang Kelantan & Terengganu nie.
Walaupun lama dah keluar, tapi ambo rasa nak buat posting pasal Sinar Harian kali nie. Khas untuk orang kelate dok kat luar negeri dan luar negara. Sinar Harian kat bawah yang di review keluaran lama, 18 Disember 2006.
Muka Depan

Muka depan Sinar Harian. Dulu harga samah jah (50sen), lani dah naik jadi 70 sen. Samah tue harga promosi.
Kandungan

Ruangan Berita Umum di sekitar Kelantan dan Terengganu.

Ruangan berita jajahan. Semua berita di jajahan Kelantan dan Terengganu.

Nie seksyen khas untuk berita bergambar negeri kelantan sahaja.
Skuad Cakna

Yang istimewa Sinar Harian nie, segala berita setiap daerah boleh di laporkan kepada Skuad Cakna. Gambar atas tu wartawan untuk daerah Pasir Mas. Lawa kan wartawan Sinar Harian ni, jenuh la lepas ni orang Pasir Mas Pakat telefon;). Skuad Cakna diwujudkan untuk melaporkan berita di semua daerah Kelantan & Terengganu.
Pembaca

Statistik pembaca Sinar Harian mencecah 159,999 orang. Walaupun baru dilancarkan tahun lepas, SInar Harian mendapat sambutan sungguh menggalakkan dari rakyat negeri Kelatan & Terengganu. Tak lama lagi akan di lancarkan untuk di negeri Pahang pula.
Banyak lagi seksyen yang ambo tak letak gambar sini, antaranya Rencana Luar Negara & Umum, Ruangan Sembang-Sembang, Hiburan, Aktiviti Sekolah Rendah, Iklaneka, Berita Nasional, Asean, Luar Negara dan Sukan Luar Negeri & Daerah.
Komen
Kesimpulannya, dengan harga 70sen dan setebal 48 muka surat (untuk keluaran 18 Disember 2006), pembaca disajikan denganSinar penuh dengan cerita-cerita menarik dan maklumat-maklumat yang berguna untuk penduduk Pantai Timur.
Ambo nak minta pandangan anda semua tentang kewujudan Sinar Harian nie, sila bagi pendapat anda semua di ruangan komen dibawah.
P/S: Insyallah ambo akan update berita-berita menarik dari Sinar Harian dalam Weblog Salam Pantai Timur nie dari masa ke semasa.



