Rahsia Khasiat Budu Terbongkar
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.
Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.
![]()
Budu
Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.
Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.
Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).
Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.
Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.
Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.
Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.
Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.
Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.
Sumber: Wikipedia
Tonton: Video Dikir Barat Lagu “BUDU†oleh Mat Glamour & Abe Jali
Baca: Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

budu oh budu..
p/s: salam perkenalan
Dah 3 tahun tak makan budu… kena start over ni
Kalu sebut budu gak, rasa lapar meta – meta.
pah kalu make 150gm sari selamo 2minggu turun pulok berat bade?
fakta ni rekaan semato mato ko ado proof saintifik?
kawe buke gapo, kawe x se nipu semato mato nok menyohor kan budu. kawe make budu gap. bagi kawe budu itu sekadar sedap sahaja. masin..make byk daroh tinggi.
ohh berair mulut sero naip hal budu
how to make budu?
budu dibuat guna ikan bilis+garam…diperam di dalam tempayam besar selama beberapa hari…
MAIKN LAMA DIPERAM MAKIN BANYAK KHASIATNYA….
make budo lg naik jerawat lah ko muko.kawe x thn make budo.ado gak tra pas tu so so naik.oghe ader resdung jgn nak cb.nati tmbh teruk lah.ko slh kawe ghoyat ni
budu loni ore indon pun brehi
budok2 u ado make budu ltak dalam maggi
haha..ore indon pn kenal budu deh..meme globalisasi sungguh..
erm sedak kow bubuh lam maggi tue…kawe kena try jgk la..
sain kawe dari jepun brehi jgk budu ni..,kawe knl maso dok jepun dulu……:)
reply utk novatech:
demo nih ngaji sains ko (bilogi, biokimia) x?..
1.dio kato budu “menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ” ..mknonyo budu wi berat bade naik hok ado diarrhoea/cirit-birit..buke nyo ko ore sihat….
2.dio kato “pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan”…bukn brmksud org gemuk jd kurus bilo make budu..kalu saiz bade dio besar scra genetik, bilo make budu saiz dio mantain tp thp kolestrol kure laa..org kurus pn ado jgk thp kolestrol tggi, tp kdg2..
kecek molek gak, kalu x ngaji, xsoh wak komen kokse..
budok kimia
Budu!!! budu!!!
aku sparuh je kelantan nye..
abah org kelantan,tanah merah..
aku blaja tekonologi makanan..
semster dpn aku nk wat analisis psl budu neh tuk final projek..
nk tgk btol ke dok,smua bnde yg dia claimed kt atas tu..
best giler make budu….rugi arrr sapo hok x make budu nie..i love ue(budu)..mmuah2……
Slm.kalau tak ada budu, kurang selera makan. Jadi usah pinggir manu kita. shabas….kepada pengusaha budu.
budu2 ni sapo xbrehi wes…sedaknyoh…budu ni dh sinonim nge ore kelate..tp loni ore lua pn brehi jgk goni nih
huhuhu…rindu kat kelantan..lama kawe dok makan budu..singam ikan ayo cicah budu my favourite..
nyangkut sungguh bilo keno nasi panas2, ikan kering gelamo,budu picit ase,prenyet lado burung pedas..keno plok ngan ule pucuk tere, pucuk putat, jering jeruk,petai jeruk.mugo lain tolok tepi..
Ape la korg!! Aku selaku anak johor mempersembahkan korang kandungan budu yg aku dah analisis, protein 5.1%, fat 1.4%, kabohidrat 18.6%, ash 17.3%, memberi tenaga sebyak 107kcal per 100 g. Dan ape kejadahnye minah tu nak makan budu 150g sehari??dekat satu botol tu. gila ke ape!nak suh kene darah tinggi?? budu ada 20-30% kandungan garam!! memgla boleh kurus sbb bdn nak jadi macam ikan kering dah garam byk sgt. Tetapi klau dia amik makanan lain pun banyak xkan kurus pnyer!! menjahanamkan badan ade.. pada yang resdung tp nak makan budu, carilah pil anti-histamin..makan pil sblum mkn budu..xkan teruk resdung..kerana histamin lah yang menjadi alahan kepada pengidap resdung.!!!
kawe pn suko weh!!sedak kakloh..
i org puteh.. i berkawan dgan org melayu di kelantan.. itu boyfriend i lah.. dia paksa i makan budu.. mula2 i taknak tapi bila dah makan i jadi ketagih.. sedap sungguh itu budu.. masa mahu balik amerika i bawa sebotol.. mommy and daddy pun suka.. dia suruh i datang lagi bawa balik banyak2 tapi itu kastam tak bagi.. bodoh betul itu kastam… oohh budu i merinduimu
kalu makey budu nge nasik…se puyuk nasik dok genak lagi….
dok payoh lauk laing..
budu nge ike tawar jah…ule sikit…
ermmmmmm……..
hahaha.. gitu la blog2 loni. paka copy paste jah gpo hop baco. bukan nk kaji sendiri betul ko dop. mano source asal berito ni? klu wikipedia kawe blh edit phni. klu betul pn, ni mungkin utk kajian mugo lain. bukan budu.
Oh alok laaa, Kawe pong kalu tengok budu dengan ikan percik gak tambah lagi dalam budu tu pecit puak dengan lada dan limau kasturi gak, ambo tak kelih kiri kana dah. Sedap sungguh kalu makan dengan nasi panas panas pastu pulak ber kuah kan dengan ikan baung gulai tempoyak..
Wow sedap weyyy. Air liur meleleh leleh sadap weyyy.
kawe dok negeri bayah bayu. kawe penah buat budu sekali, warna jadi dah, napok mace budu kampung dah, tapi rasonya tok jadi, nya masin pperat nak pahit gitu. kawe ikut sukatan dah. bila tanya org kapung, rupanya tokleh guna garam halus hok jual di kedai tu. kena guna garam kasar hok dale guni. gak sini takdok. tohok sajo la budu tu hehehe. pah loni budu ada jual dah kat kawe dok ni. tak payah buat lagi.
saya ado budu
budu sedap sggh!!!
Kawe make budu sebotol sehari pakai straw!!!
Byk gak khasiat ni dok…
Pelik gapo gak budu kito pas london..
kawe klu mkn ulam gak mst ngn budu…
oloh sedaaap sunggoh
Nak tnya ckit…
mcm mna nak ilangkan bau budu yang tumpah ekk?
kat umah sewa i nie baru jap tumpah budu,
dah puas lap+mop+sabun+pewangi…
tapi bau tak hilang2
harap membantu
basuh lah dengan asam limau hilang ckit bau tu…cubalah..
kalu bodo jgn komen..baco perabih dulu gak..wat kajian konon…bijok la tu..baco molek2..mmg budu byk protein dat is the fact..
hi
n6hlll94isejtuw5
good luck
Pingback: ada apa dengan BUDU? « lovelyemiralisa…
abe ambo wt projek d sudan, n kot tanzania…
wat ke bangang oghe sano tanyo budu apbla thu abe ambo dr klate…
ambo x brsikap prejudiss….
inilah buduuu…klate…n…
banggo gok
budu2…sem nie assgment kito keno awt psal budu la plok…huhuhu..jolo ko budu nie molek utk kesihatan…wat kito tahunya budu nie bleh cergas kn otak n ingatan…cz 2 la xmustahil ramai anok kelate wat duk universiti lonie…tempias budu kot…hahahah..
Ambo ni minat budu dengan poooyok duye, tapi ado ore royat kena darah tinggi pulok kalu mase pelek gak. La ni ambo kurekan make sebab resdung getek. Gak guano kero a nyo tu????
BUDU…BUDU..HYE LARH BUDU…BTL KER KHASIAT YG KORANG CTER 2???AKU NK TW GAK…AKU XPENH MKN BUDU…ORG MELYU LARH KTEKN…T’INGIN GAK NAK MKN..ADER X SAPER2 YG LEH TRGKN RE DIER CMNER???
SEDP SUNGGH BUDU 2…
Budu naikkan selera makan.. xda kuah,xda lauk pun kalo ada budu jer dah leh kenyang mkn nasi hehehe… sapa nak diet nak saving leh la berjinak2 ngan budu.. haritu org america n jepun gi mkn nasi ulam kat restoran kraftangan KB,mkn budu sapa nambah nasi..heran tokey kedai tgok
Budu bukan setakat org kelate jah suka makan, di sarawak ramai org sana terpengaruh makan budu jenama pun dari kelate harga rm3 sebotol. Kawe lama dah tak makan budu sejak kijo dengan shell. Dok oversea cari budu tak jupa wei, rindu nak makan nasi dengan ikan pekasam, ulam petai, gelam tikus, ulam raja, pucuk tere, rebung. Tak tau bila nak balik msia, Nati balik nak makan jah. Dok sini hari2 makan roti. Kalu bleh kijo dengan sukimi sedap jgk dok klate, Harap2 Dato Sukimi bagi peluang la ko saya. Saya ada hantar resume dah,,, Hasbullah.
AKU ADA KILANG BUDU DAH 1O CAWANGAN…SEKRG SEDANG MENEMBUSI PASARAYA HARRODS..MUNGKIN SELEPAS RAYA PELANCARAN ..SO KEPADA SESIAPA STUDENT MLSA OR RKYT MLSA YG ADA D EUROPE JAP LG XPAYOH GEGE DGN KASTAM ..DEMO BLH DAPATKAN BUDU MELALUI AGEN2 AKU DI SANA …KALU NAK MUROH DPTKAN MEMBERSHIP !!!budu aku lain pada orang because kita menggunkan unsur 3rasa iaitu pedas , masin ,masam manis ..so xpayah bubuh asam dan lada doh bkn apa tkt smbil mkn panas tliga nga nga n berjerit tubit air mato…budu aku ni org xblh tiru sbb kita pnya trade mark sendiri n tlh mndpt kajian saintifik dr negara eropah sblm dipasarkan.. nantikan di pasaran…meletup krn kita akan buat promosi or road tour pertandingan makan budu dgn ulaman..sape menang dpt hadiah lumayan
aku orang selangor.. tapi gilekan budu..lagi2 yang pedas! mengancam..
kawe buke gapo la weii…sebut pasal budu gak…ingat ko kg kito..maklum la kawe loni duk ngaji over the sea..huhu. nk gi ngaji bukuh dulu budu molek2 buh dlm beg baju..huhu. bilo la nk kelik nie…gapo2 pn budu is budu..mmg best giler.. budu klate jauh lebih sedap dr budu Ganung kitoooo…hoho
Keenakkan BUDU memang tak boleh dinafikan..sedap sengoti..
i love budu.kalu mkn nasik nga budu gak,msti namboh.xdop lauk xpo.yg penting ado budu.
ptt la ore klate pandai2 pun.penangan budu la ni…sy ngaja di KL..bdk2 yang berada di 1st or 2nd class kat cni adalah taraf bdk2 yang berada di 5,6or 7 class kat klate…mlalui pmerhatian sy la.kcuali BI la.he2
Ambo kenal Abe we beberapa tahun yang lepas. Tempat pemerosesan budu Abe We begitu unit sekali. Tempat pemeramannya didalam fiber khas yang tebal lagi besar. Boiler digunakan untuk memasaknya. Juga cara mengisinya adalah melalui paip khas. Tiada lagi budu yang paling bersih seperti budu cap ketereh.
ckup la coment.. aku lapa nim.. hahahaha
sedap la budu nok2 peroh ase lima nga tenyeh lado kg.fuhhh t’liur abis kawe ghoyat.
Budu ni kalau dicampur buah binjai atau asam kelubi lagi sedap rasanya….
budu memang sedap tapi baunya….
kawe nih ore jepun asal england,mok ore austria pok pulok ore belanda…
kawe meme berahi sengoti budu nih…kawe skoloh amareka mulo xdok budu kantin gk ore wk ‘rush’ slaluh…
arap percayo r…budu ni ajaib,tok ambo ore spanyol pernah berkato budu jadi gini nih pasal keno sumpahan…
pah loni berehi…
kawe ngji kat ore ni siap bawk budu paye lg nie…
pergh…
klu kawe resdung kawe mkn jgk budu ni..
tp ok jah kawe ni xdok gpo2 pn jd….
hehheheh
budu…oww…budu!!
mulut raso lecah make xlalu
gulai kunyit kuah
smakuk budu
penyek lado pedah
celo pucuk ubi kayu
peroh ase lima
suak laju slalu…
jeliro nyo aku…
ado ore make budu capor poyok duye
kalu demo xtahu
cubo ea try make…
bru btol2 tahu lgu mano raso dio =)
budu memang sudah menjadi kegemaran ramai,boleh tak kalau budu ini ditingkatkan lagi .yang ada sekarang hanya budu dalam botol,kalau budu ini bipack dalam plastik lut sinar atau dijadikan kiup,supaya mudah dibawa dalam bentuk kering,bersama bentuk pack baru itu ,dapatkan bersama resepi yang boleh dicampur kan dengan budu,supaya budu boleh mengguna dengan lebeh meluas dalam aneka masakan.
6t kawe promote budu hahahahah…
makan besi ar ,skru ke….bering basikal ker…..baru kuat tenaga……hahahaahaha
budu secara logik dan am nyer takda kebaikan bro… makanan yg makruh di makan tuhan dok letak kebaikan di dalam nya… lebih lebih lagi… makanan seumpama budu,belacan,cencaluk,ikan pekasam,ikan masin,ikan bilis…. dan seumpamanya yg di peram… nabi pun menghukumkan makruh ke atas makanan seumpama itu… kalau golongan tahfiz al-quran kata.. makanan seumpama itu boleh melemahkan daya hafazan… mcm mana pulok artikel ni buleh kata budu ni meningkatkan IQ… dan byk kebaikan… org resdung mkn pun makin bertambah resdung dan jerawat… fikir2kanlah… wahai ummat.. jgn main percaya jer menda yg sememangnyer terbukti makruh….
pah ceroh budu…hahhah..hooo la ,aku set besut..trg.,bibi kawe org luar x makn budu…kawe jah….budu kampung la sedap wei..kalu budu jual kat giant@tesco tu budu dop sedap..kalu kelik kapung budu brg hok aku bawak mari KL,hahahhahah….kawe nok speaking sket “even where the earth on foot, pickled remains my favorite food ” hahha…menunggu berbuka puasa 2 ogos 2011
as….demo buko ado lauk budo dok?hehheheh
i’m very2 like budu,xdok budu x paut wei,kena budu gn ike singge,
10 kali nmboh wei.ko gano bro
X caro eeh ada zak ko x dop..ambo makae smacae..dok caro…brehi bedo oh..
kalu xlalu nk mkn nsi gk..budulah pengubatnyo…kwe mkn budu gk sapa irup nah..
ok nanti share ngan kitorang apa yang dapat yer lama analisis tue..nak tahu sgt2..ok terima kasih banyak..
6t kawe promote budu hahaha