Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan Diperluas Tahun Depan
Pertandingan dikir barat akan diperluaskan tahun depan dengan pernyertaan dari pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi serta membuat persembahan dalam Bahasa Inggeris. Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menjelaskan:
“Saya tengok pertandingan semakin hebat dan begitu meriah, tetapi kita tak nak kekuatan dikir barat itu terbatas bagi orang Kelantan saja.
Pertandingan tahun depan akan diadakan besar-besaran sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia dan akan diadakan samada di PWTC ataupun Dataran Merdeka.
Dikir barat akan dijadikan sebagai satu budaya negara yang dinikmati oleh semua kaum. Pertandingan dikir barat dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) diadakan secara tahunan sejak 1993.
Sumber: Kementerian Penerangan Malaysia

kenapa perempuan tokseh masuk pertandingan dikir barat yg ditayangkan di kaca tv?..tolong jawab
erm mungkin sebelum nie pertandingan nie tak terbuka untuk perempuan lagi..
kalau nak bagi pempuan masuk, kena buat dua kategori ler..
kurang berminat dengan persembahaan dikir barat atau memang tak diberi peluang untuk mereka mencuba…
Tapi,apabila pertandingan dikir barat diadakan atau dipersembahkan,kaum perempuanlah yg paling ramai…itu bermakna mereka semua berminat,cuma peluang saja yg tak ada..saya sokong kaum ini mencuba karya seni ini..
untuk penglibatan pendikir perempuan.. sy cadangkan diadakan pertandingan dikir barat pasukan yang terdiri peserta perempuan sahaja.. tolong balas email saya..
kalau anda datang ke kuantan tolong hubungi saya di talian 017-9088507 nak ajak minum air tea dengan roti canai telor.. bereh bosss…
YB Datuk Zainuddin sepatutnya diberi taklimat mengenai penyertaan2 orang2 Malaysia dalam arena Dikir Barat. Kenyataan beliau agak tertutup bagi saya…
p/s: sedangkan negeri Sabah pernah menjuarai pertandingan dikir barat di negeri Kelantan