PENTAS : Majalah Seni Pementasan Malaysia

majalah pentas

Mungkin tidak ramai yang menyedari kehadiran Majalah Pentas di negara kita yang sudah di terbitkan pada pertengahan tahun 2006 lagi. Inisiatif penerbitan Majalah ini adalah dari Istana Budaya sendiri di bawah kelolaan editor Sutung Umar Rs.

Saya sendiri baru mendapat tahu dan berpeluang membaca isi kandungan Majalah Pentas setelah di maklumkan oleh Ayahanda Che Mat Jusoh, seorang penggiat seni muzik asli dan tradisional yang juga menjadi penulis tamu di dalam majalah ini.

Pentas boleh di jadikan rujukan utama kepada pengikat seni pementasan tempatan berkaitan aspek kreativiti, teknikal dan produksi. Semestinya banyak mengupas tentang dunia pementasan tempatan.

Kandungan yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai Sejarah Wayang Kulit Kelantan dan Makyung. Aspek-aspek teknikal seperti cara permainan rebab dan alatan tradisional lain juga di paparkan.

majalah pentas cover

Diantara isi kandungan menarik di dalam majalah Pentas.

Majalah pentas di keluarkan setiap 3 bulan sekali, dan boleh didapati di kedai-kedai buku utama selain menanggan sendiri dari penerbit. Diharapkan dengan kehadiran majalah ini dapat mengimbangi penerbitan yang berunsurkan hiburan semata-mata. Hubungi Istana Budaya untuk maklumat lanjut – www.istanabudaya.gov.my

Kaitan: Kosmo – Pentas Kupas Isu Kesenian

Sila kongsi serta tinggalkan komen dan jadi orang yang pertama mendapatkan berita terbaru dari Weblog Salam Pantai Timur terbaru melalui email.
This entry was posted in Sejarah, Seni Tradisional Melayu, Umum, Wayang Kulit and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to PENTAS : Majalah Seni Pementasan Malaysia

  1. Pingback: Lokanbertepuk » Naga Ulik Ciptaanku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>