Pentas Dikir – Program Realiti TV Dikir Barat
Pentas Dikir di bawakan oleh Radio Televisyen Malaysia, satu-satunya program realiti TV yang mencari bakat Juara & Tukang Karut terbaik. Bertemakan 1 Rentak 1 Jiwa, program ini akan di tayangkan di saluran Astro Channel 180.
Ujibakat akan bermula 11 Jun 2011 dan 12 orang akan dipilih iaitu seramai 6 Calon Juara dan 6 Calon Tukang Karut. Mereka akan dikuarantin selama 10 hari bagi mengikuti kelas dikir dan persedian ke konsert mingguan. Saringan akan meliputi dua pusingan dan 4 orang dari setiap kategori akan ke peringkat separuh akhir dan seterusnya 2 pasangan akan dipilih ke Grand Final bagi merebut hadiah utama.
Sesi ujibakat pada 11 Jun 2011 akan di acarakan oleh Amir Raja Lawak, Kelas Pentas Dikir pada 18 Jun – 26 Jun 2011 di acarakan oleh Wan Sharmila. Manakala Konsert Saringan 30 Jun 2011, konsert separuh akhir 2 Julai 2011 dan konsert akhir di acarakan oleh Nabil Raja Lawak.
Tenaga pengajar pula di barisi Megat Nordin sebagai Pengetua@ AdiGuru, Yie Arjuna sebagai Tok Nebeng, Halim Yazid sebagai Pengkritik Tetap dan Sabri Yunus sebagai Pengkritik Jemputan.
Facebook Rasmi : Pentas Dikir – 1 Realiti 1 Jiwa
04. June 2011 by sobekmy
Categories: Dikir Barat, Info Semasa |
Tags: Akan, Amir, Amp, Arjuna, Astro, Bakat, Dikir Barat, Dua, Halim Yazid, Konsert, Megat Nordin, Mingguan, Nebeng, Pasangan, Program Realiti Tv, Pula, Radio Televisyen Malaysia, Raja Lawak, Sabri Yunus, Sharmila, Tok, Yie |
Leave a comment