Arkib Video : Pertandingan Dikir Barat Antara IPTA 2006 Part 2

Versi part 2 arkib video yang berkesinambungan dari arkib video part 1 pertandingan Dikir Barat antara IPTA yang bertempat di USM pada tahun 1996. Video kali ini menyaksikan kumpulan dari UIAM dan UITM.

Salampantaitimur rasa anda akan lebih terhibur dengan persembahan 2 kumpulan ini di awal kemunculan mereka dalam arena pertandingan Dikir Barat.

Bacaan Lanjut →

16. March 2009 Categories: Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu | Leave a comment

Seminar Keusahawanan: Usahawan Kerjaya Pilihan Di UiTM Kampus Kota Bharu

uitm-mecd-logo Terbuka kepada siswazah IPTA/IPTS yang berminat menjadi   usahawan. Ketahui personaliti usahawan professional, idea-idea dan peluang-peluang perniagaan, pengurusan kewangan yang bersistematik dalam perniagaan, peluang mendapatkan modal & pinjaman mudah dari agensi kewangan seperti MeCD, MARA, SME dan lain-lain.

Kursus ini adalah anjuran MEDEC, Kelab Keusahawanan & Kerjaya UiTM Kampus Kota Bharu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Kampus Kota Bharu dengan Kerjasama MeCD (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi).

Bacaan Lanjut →

16. March 2009 Categories: Info Semasa | 1 comment

Pertandingan Dikir Barat Sempena Festival Seni Universiti Malaya 2009

festival-seni-universiti-malaya-2009

Promo Festival Seni di Seri Pentas oleh Arjunasukma

Tahun ini 2009 kembali lagi Festival Seni Universiti Malaya yang diadakan pada 19 Mac 2009 hingga 03 April 2009. Yang pasti pertandingan Dikir Barat antara Kolej-kolej di Universiti Malaya akan menjadi tumpuan.

Senarai persembahan yang akan di adakan nanti :

Bacaan Lanjut →

16. March 2009 Categories: Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu | Leave a comment

Salampantaitimur.com Kembali

wajah-baru-spt

Salampantaitimur.com kini berwajah baru dengan beberapa perubahan pada layout dan lebih kemas dari segi susun aturnya. Weblog ini sudah berpindah ke server baru yang lebih besar kapasiti bandwith nya untuk menampung bilangan pengunjung yang semakin ramai. Insyallah, entri-entri baru akan di muatkan dari masa ke semasa.

Salampantaitimur juga ingin pengunjung berkongsi berita-berita dan artikel-artikel yang menarik berkaitan  Kebudayaan, Keseniaan, Warisan, Infomasi & Isu Semasa Negeri Kelantan. Anda juga boleh mengiklankan produk, webiste atau blog dengan kami. Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut.

Terima kasih atas sokongan anda kepada Salampantaitimur selama ini.

- dari Admin Salampantaitimur.com

15. March 2009 Categories: Umum | Leave a comment

Malam Gema Palestin – Kota Bharu

palestin

Kredit gambar : craigcalefate.com

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu dan Universiti Sains Malaysia akan mengadakan majlis Malam Gema Palestin. Maklumat majlis tersebut adalah seperti yang berikut :

 

1. Nama Majlis : Malam Gema Palestin
2. Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
3. Masa : 8.30 malam
4. Tempat : Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Majlis akan turut diserikan dengan tetamu kehormat, Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said yang akan mendeklamasikan sebuah puisi tentang kemusnahan kemanusiaan di Palestin sekarang.  Lima persatuan penulis Kelantan iaitu PPK, PUSPA, GEMA, PESISIR dan ASWADA akan turut bersatu hati mewakili para penyair Kelantan menyampaikan deklamasi puisi pada malam itu.  Kumpulan Dewan Budaya USM yang terdiri daripada komposer lagu terkenal, Sdr. Azmeer akan mempersembahkan lagu puisi serta sketsa “Murai Bumi” yang melakarkan getir hidup manusia Palestin yang ditindas oleh Zionis Israel.
Sumbangan amal buat Palestin turut diadakan pada malam itu.  Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

En. M. Fadhli al-Akiti (09-7414906)

19. February 2009 Categories: Info Semasa, Umum | Leave a comment

VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat

 VCD-akademi-arjunasukma

VCD Teknik-teknik Asas Muzik Dikir Barat ini diterbitkan atas permintaan yang tinggi di kalangan para guru, jurulatih serta pendikir yang baru mengenal seni Dikir Barat.

Memandangkan permintaan yang tinggi ini, Akademi Arjunasukma telah berusaha untuk menerbitkan vcd ini, dengan bantuan kumpulan kami yang memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang masing-masing.

Berbekalkan pengalaman Arjunasukma selama 22 tahun berkecimpung dalam arena Dikir Barat bermula dari peringkat bawah hingga ke tahap profesional, syukur Alhamdulillah pada hari ini..vcd yang pertama di dunia ini kini berada di pasaran.

VCD ini mesti dimiliki oleh semua para guru, Jurulatih, Pelajar dan Penggiat Dikir Barat sebagai panduan utama untuk menerangkan dengan tepat asas teknik-teknik muzik dikir barat.

VCD ini disusun dan disunting secara terperinci bermula daripada pengenalan terhadap alat-alat muzik asas, fungsi alat muzik, teknik penghasilan  bunyi, jenis-jenis rentak paluan dan contoh-contoh lagu.

Semoga dengan kelahiran VCD ini dapat melahirkan generasi celik seni dan lebih menghargai martabat seni kebudayaan khususnya Dikir Barat pada masa akan datang.

Teknik-teknik asas Dikir Barat di muatkan dalam VCD Akademi Arjunasukma yang boleh di dapati dari kami sekarang berharga RM20

Dapatkan VCD ini di sekarang >>>

12. February 2009 Categories: Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum | 1 comment

Tayangan Amal Filem “Wayang”

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian akan mengadakan tayangan amal filem Wayang arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan. Maklumat tayangan amal tersebut adalah seperti yang berikut :

filemwayang

Judul Filem : Wayang
Lakonan : Eman Manan, Ida Nerina, Zulhuzaimy, 
  Wan Kenari, Mas  Muharni, Mazlan Tahir
Tarikh : 14 Februari 2009
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Utama, Kampus Kesihatan, USM Kubang Kerian, Kelantan

Sumbangan daripada jualan tiket tayangan filem ini akan disumbangkan kepada beberapa tabung kebajikan Hospital USM Kubang Kerian.  Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

Pn. Norheliza Mukram (09-7664901/09-7664900)

05. February 2009 Categories: Filem & Drama, Info Semasa, Umum | Leave a comment

Konsert Dikir Barat UKM 2009

Konsert Dikir Barat UKM 2009

Pendikir Jemputan : Meli Mahligai,Jen Endoro, Azmi Intan Berlian, Ismail Baju Jarang dan penyanyi lelaki Shabin

Maklumat lanjut di tunaswarisanartisukma.blogspot.com

15. January 2009 Categories: Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum | Leave a comment

Video Imbasan Kenangan Mak Yong Ekstravganza 2008

Video imbasan kenangan sepanjang Mak Yong Ekstravaganza oleh Moka Productions dan beberapa review serta pandangan dari peserta bengkel Mak Yong yang terlibat.

Ulasan oleh saudara Asrulfaizal dan Arjunasukma serta di paparkan dalam Harian Kosmo.

makyong-extravaganza

05. December 2008 Categories: Mak Yong, Seni Tradisional Melayu, Umum | 4 comments

Mak Yong Nik Kecik Dewa Muda

berita_251_1

30. November 2008 Categories: Mak Yong, Seni Tradisional Melayu, Umum | 1 comment

Halaman 9 of 40« Pertama...7891011...Terakhir »