Tragedi Bersejarah Negeri Kelantan

negeri kelantan

Dalam kesempatan ini abg lokan nk bbari pasal beberapa kejadian yg berlaku dikelantan. di antara beberapa kejadian ini adalah di kira sgt penting jugak bagi orang tua2 kelantan dulu2. Sebagaimana kita maklum bahawa tok nenek kita dulu2 ni kebanyakannya buta huruf, kalau ada yg jenis buleh bbaca dan menulis ni hanya sikit sangat mugo sekolah pun tak jenuh supo lo ni.

Jadinya bagi mereka2 ini kalau nak menceritakan sesuatu mereka akan mengenang sesuatu peristiwa yg pernah berlaku di zaman mereka. Sebagai contoh, orang tua2 kita zaman dulu ni bukannya amik tahu pasal surat beranak ni, bg mereka itu semua tidak penting termasuk arwah ayah abg lokan sendiri. Bila kerajaan nk buat pendaftaran utk nak buat kad pengenalan maka di situlah telah menjadi masaalah kerana masing2 tidak tahu tahun berapa mereka di lahirkan.

Maka dengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikan sebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu. Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur ini mereka sering berbual:

Continue reading

Posted in Sejarah, Seni Tradisional Melayu, Umum, Wayang Kulit | Tagged , , , , , , , | 1 Comment

Video Dikir Antarabangsa : Daud Bukit Abal – Abe Yoh Baru Bini

Video keluaran terbaru animasi dikir barat

Posted in Dikir Barat, Umum | Tagged , , , | Leave a comment

Malam Kesenian Pantai Timur – UKM 2008

malam kesenian ukm

Tarikh : 26 Januari 2008
Hari : Sabtu male ahad
Masa : 8.30mlm -11mlm
Tempat : Dewan Tuanku Canselor (DECTAR) UKM, bangi
Pendikir Jemputan: Jen Endoro, Mat Keretapi, Pok Ku Kamal, Tuan Kob Raja Saring…
Awok2 : Tunas Warisan UKM & Sutrapawana UIAM
Tiket masuk FREE!!..pakat mari rama2 wess..

Posted in Umum | Leave a comment

Video Wayang Kulit Saupi : Melancong Ke Bandar Kota Bharu

Wayang Kulit #1

Wayang Kulit #2

Posted in Seni Tradisional Melayu, Umum, Wayang Kulit | Tagged , , , , , | 4 Comments

Di Sepanjang Pertandingan Dikir Barat MAKUM IPTA 2007

pentas makum

Pentas utama pertandingan , Dewan Sultan Mizan UMT

Sebelum tahun 2007 melabuh kan tirai, pada 26 hingga 28 Disember 2007 tempoh hari. Berlansungnya pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

makum 2007

Pasukan sedang beraksi

UMT telah menjadi tuan rumah buat kali kedua berturut-turut dengan penyertaan kali ini lebih meriah iaitu sebanyak 14 IPTA telah menghantar wakil pasukan masing-masing berbanding pada tahun 2006 hanya 8 pasukan yang bertanding.

makum dikir barat 2007

Para peminat dan penonton pertandingan.

14 pasukan bertanding terdiri daripada UKM, UTM, UTHM, UMT, UIA, UM, USM, UMS, USIM, UTeM, UniMAP, UPM dan UDM.

Keputusan penuh pertandingan di menanangi oleh UKM sebagai penyandang Johan, UM sebagai Naib Johan dan UIA tempat ketiga. Pakaian terbaik dimenangi oleh UMT, muzik terbaik oleh UMS, tukang karut terbaik di menangi oleh UKM dan akhir sekali, tok joro di sandang oleh UM.

 

UKM

Johan pertandingan : Kumpulan Tunas Warisan Anti Sukma, UKM

Mutu pertandingan dan persembahan boleh dikatakan meningkat mengikut dari pendapat pemerhati pertandingan.

Dari pengalaman penulis yang ikut serta dalam pertandingan sebelum ini, adalah lebih meriah jika di adakan pada musim pengajian kerana kehadiran penonton yang lebih ramai.

Semoga pertandingan akan datang akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai penonton di kalangan pelajar dan peminat-peminat dikir barat sendiri.

Tonton Video pertandingan oleh pasukan Citra Deewana, UTM

Video #1

Video #2

Rujuk juga :

Suka duka MAKUM-KUSTEM 2007

Ulasan dan pandangan dari Komuniti Dikir Barat Malaysia

Posted in Dikir Barat, Umum | Tagged , , , | Leave a comment

Selamat Datang Tahun Baru 2008

New Years Fire Works - 1024x768

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua pengunjung Weblog Salam Timur. Weblog ini akan mengalami perubahan dari masa ke semasa untuk memberikan infomasi yang bermutu kepada semua pengunjung. Insyallah kami akan menghidangkan isu-isu dan infomasi yang lebih bermaklumat dan menarik di sepanjang tahun 2008.

Terima kasih kerana masih setia dengan kami…

Happy New Year..

Posted in Umum | Leave a comment

Festival Seni Universiti Malaya 2008

SEMUA DIJEMPUT HADIR KE FESTIVAL SENI UNIVERSITI MALAYA 2008 YAG BERMULA PADA:

10-23 JANUARI 2008
DTC, GAZEBO

ACARA2 KESENIAN YANG AKAN DIPERTANDINGKAN:
DIKIR BARAT
BORIA
DRAMA PENTAS
KOIR
NASYID
POP BAND
AKUSTIK
NYANYIAN MELAYU ASLI
KOMPANG
PUISI
TARIAN ASLI
TARIAN KREATIF
TARIAN INDIA
TARIAN CINA

Jadual penuh festival >>>

Posted in Umum | Leave a comment

Keputusan Dikir Barat Kebangsaan RTM

Dipetik dari Utusan Malaysia Online 10/12/2007

DIKIR BARAT

Dikir Barat 2007 berjaya angkat warisan tradisi

DI KALA generasi muda zaman ini seakan-akan tidak lagi mempedulikan persembahan tradisional yang telah ditinggalkan sebagai warisan oleh nenek moyang mereka, masih ada lagi mereka yang cuba menaikkan martabatnya agar tidak terus pupus di telan zaman.

Pujian ini harus diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tidak pernah putus untuk terus meletakkan persembahan tradisional di tempat yang paling tinggi.

Malah, usaha RTM untuk terus menjadikannya sedemikian agar diterima oleh generasi muda zaman ini juga tidak harus dipandang enteng.
Ini dapat dilihat pada Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan 2007 yang telah berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dengan cukup jayanya apabila hampir 5,000 orang datang menyaksikan pertandingan tersebut yang rata-rata terdiri daripada generasi muda yang masih lagi mengagungkan persembahan tradisional itu.

Sebaik sahaja kumpulan pilihan mereka melangkah kaki di atas pentas, sorakan daripada peminat kedua kumpulan yang bertanding bergema di segenap ruang stadium. Sokongan dan sorakan yang diberikan mereka itu menunjukkan masih lagi ada yang menyanjung tinggi budaya dan persembahan tradisional itu yang semakin di pandang sepi oleh masyarakat.

Dua buah kumpulan yang bertanding iaitu Kumpulan Irama Warisan Pantai Dalam dan Kumpulan Sri Tanjung Kuala Sabak telah berjaya mempamerkan persembahan yang cukup cemerlang menerusi tajuk yang telah disediakan iaitu Wang Adalah Segalanya.

 

Continue reading

Posted in Umum | 1 Comment

KB Mall Di Nobat Kompleks Beli Belah Terunggul Di Malaysia

Berita Terbaru : Kejadian Bumbung Runtuh di KB Mall


kb mall

KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah “Retail Development”(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.

Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.

Continue reading

Posted in Info Semasa | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 95 Comments

Dapatkan Pas Percuma Pertandingan Akhir Dikir Barat Kebangsaan RTM

P9070367

PERLAWANAN DIANTARA

IRAMA WARISAN,PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR

VS

SRI KUALA, SABAK, KELANTAN

TARIKH : 07 DISEMBER 2007 (JUMAAT)

TEMPAT : STADIUM MELAWATI (TERTUTUP) SHAH ALAM

MASA : 8.00 MALAM

Pertembungan hebat dua kumpulan ini akan lebih menggegarkan dengan kehadiran kita semua. Semua peminat dikir seluruh Malaysia digalakkan hadir untuk memeriahkan lagi suasana dikir barat terbesar tahunan ini. Pas-pas percuma boleh didapati dari hamba sendiri…dan di RTM..

Maklumat lanjut di Komuniti Dikir Barat Malaysia >>>

abe yie@arjunasukma

Posted in Umum | 1 Comment