Majlis Buka Puasa Komuniti Dikir Barat Malaysia

akok-buka-poso

Posted in Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , | Leave a comment

Liga Futsal HTO-Pakatan Edisi Merdeka 2008

Sempena bulan kemerdekaan kali yang ke 51 ini, Persatuan Anak-anak Kelantan Darul Naim (PAKATAN) menganjurkan Liga futsal HTO-PAKATAN Edisi Merdeka 2008. Hadiah utama bernilai RM51,000. Baca keratan KOSMO di bawah untuk keterangan lanjut.

pakatan-futsal

Hubungi Ahmad Faidi (017-5142388) & Rokmar (017-5312388) untuk keterangan lanjut

Posted in Info Semasa, Umum | Tagged , | Leave a comment

Persembahan Dikir Barat & Wayang Kulit UIAM

iium20logo 25 Ogos 2008 bertempat di Tapak Convest Hill, Universiti Islam Antarabangsa UIAM Gombak, akan diadakan persembahan wayang kulit dan dikir barat.

Bermula pukul 8.30 malam, persembahan akan dimulakan oleh persembahan Wayang Kulit Saupi (di import dari terengganu), dan Dikir Barat menyusul selepas itu…

Persembahan Dikir Barat malam tersebut dijangkakan di buat secara tradisional ataupun hatuk..Sutrapawana A vs Sutrapawana B

Bersama memeriahkan seni budaya kita….

Sumber : Muslih Sutrapawana

Posted in Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum, Wayang Kulit | Tagged , , , , , , | 1 Comment

Persembahan Kesenian Tradisional Kelantan

Gambar-gambar rentetan peristiwa minggu lepas sekitar majlis perkahwinan saudara Mafaka pada 10 Ogos 2008 telah di serikan dengan persembahan kesenian tradisional seperti Silat Kelantan, Dikir Barat dan Tari Inai.

Pada sebelah malam sebelum hari majlis perkahwinan telah diadakan dikir hatuk diantara 3 kumpulan dikir barat. Kumpulan dari Universiti Malaya, Kumpulan Irama Warisan Pantai Dalam dan Kumpulan Kencana Putra.

Dikir-Barat-Universiti-Malaya

Kumpulan Dikir Barat dari Universiti Malaya, kumpulan junior yang baru memenangi pertandingan antara Kolej Universiti Malaya.
halim-yazid
Halim Yazid dan anaknya yang turut memeriahkan persembahan.

kencana-putra

Kumpulan Dikir Barat Kencana Putra

muslih- -irama-warisan

Sesi Tukang Karut, Muslih dari Sutrapawana UIA dan Jen KD bersama kumpulan Irama Warisan Pantai Dalam.

Pada hari perkahwinan, persembahan Silat Kelantan dan Tari Inai diadakan.

muzik-tradisional

Para pemuzik tradisional seni tradisional di ketuai oleh saudara Kamarul dari ASWARA.

silat-kelantan-1

silat-kelantan-2

Silat Kelantan oleh Arjunasukma dan Mie Puchong.

tari-inai-1

tari-inai-2

Akhir sekali persembahan Tarian Inai oleh bekas pelajar ASWARA.

Persembahan yang begitu meriah dan jarang-jarang dapat disaksikan di Lembah Kelang telah dipertontonkan pada majlis berkenaan.

Perbincangan boleh diikuti di forum Dikir Barat Malaysia. Kepada saudara Mafaka dan isteri, selamat pengantin baru diucapkan.

Posted in Dikir Barat, Info Semasa, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , , , , , , | Leave a comment

World Drum Festival 2008

world drum festival 2008 

[kredit gambar : sooHK]

Kini kembali menggegarkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos 2008 pada 8.00 malam. Maklumat lanjut di malaysiaworlddrums.com.

Posted in Umum | Leave a comment

Farah Fauzana Bertudung di Kelantan

Farah Fauzana bertudung dalam Iklan Nescafe di Kelantan…

Continue reading

Posted in Info Semasa, Umum | Tagged , | 6 Comments

Blog Seni Tradisional Melayu

blog mafaka seni tradisional melayu

Blog Seni Tradisional Melayu memaparkan penulisan yang berkaitan penerokaan kesenian tradisional di Malaysia khususnya negeri Kelantan. Penulis blog adalah saudara Asrulfaizal a.k.a Mafaka, pengawai kebudayaan yang bertugas di Universiti Malaya. Bergiat aktif dalam persembahan tradisional melayu, drama & teater di sekitar lembah kelang.

Continue reading

Posted in Dikir Barat, Info Semasa, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , , , | Leave a comment

Pertandingan Dikir Barat ASEAN

dikir-barat-asean

Pertandingan Dikir Barat Asean akan menyusul tidak lama lagi. Program yang sudah termaktub di Kalendar Tahun Melawat Kelantan 2008 ini akan di adakan di perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke IV pada 23 & 24 Ogos 2008.

Continue reading

Posted in Dikir Barat, Info Semasa, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , , , | 1 Comment

Koleksi Video Pertandingan Dikir Barat IPTA Pertama

Pertandingan Dikir Barat yang pertama telah diadakan di Universiti Sains Malaysia pada tahuan 1996 sempena Pesta Konvo USM dan Hari Terbuka USM kali yang ke-25 bertempat di kampus Utama USM Pulai Pinang.

Pertandingan ini di sertai oleh universiti-universiti utama di Malaysia. Saksikan video pertama oleh kumpulan dikir barat Universiti Teknologi Malaysia. Koleksi video ini menjadi salah satu bahan sejarah dalam perkembangan dikir barat di universiti-universiti tempatan di Malaysia.

Part 1 – Kumpulan Dikir Barat Universiti Teknologi Malaysia

Continue reading

Posted in Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , , , , | 1 Comment

Persembahan Dikir Barat Terkini

Hatuk Dikir Barat : Sri Samudra Vs Sri Cendana
Sri Samudra vs Sri Cendana
Jogho : Man Khan
Tukang Karut : Adik Lih, Cikgu Madi UM, Din Anak Layang
Tempat : Taman Samudra, Gombak
Tarikh : 19 hb Julai 2008 ( Sabtu )
Masa : 9 Malam

Persembahan Dikir Barat Citra Kumpulan Deewana di FIESTRA KRP 2008
Tarikh : 26 Julai 2008
Masa : 9.30 malam
Tempat : Tempat Letak Kereta Fakulti Alam Bina, UTM Skudai
Tok Joro : Peeju Suara Emas
Tukang Karut : Pok Kobs Sri Pandan + Ya Asmara + Rasul Arjuna

Maklumat lanjut di forum >>

Posted in Dikir Barat, Seni Tradisional Melayu, Umum | Tagged , | Leave a comment