Malam Gema Palestin – Kota Bharu

palestin

Kredit gambar : craigcalefate.com

Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu dan Universiti Sains Malaysia akan mengadakan majlis Malam Gema Palestin. Maklumat majlis tersebut adalah seperti yang berikut :

 

1. Nama Majlis : Malam Gema Palestin
2. Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
3. Masa : 8.30 malam
4. Tempat : Dewan Wawasan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim

Majlis akan turut diserikan dengan tetamu kehormat, Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said yang akan mendeklamasikan sebuah puisi tentang kemusnahan kemanusiaan di Palestin sekarang.  Lima persatuan penulis Kelantan iaitu PPK, PUSPA, GEMA, PESISIR dan ASWADA akan turut bersatu hati mewakili para penyair Kelantan menyampaikan deklamasi puisi pada malam itu.  Kumpulan Dewan Budaya USM yang terdiri daripada komposer lagu terkenal, Sdr. Azmeer akan mempersembahkan lagu puisi serta sketsa “Murai Bumi” yang melakarkan getir hidup manusia Palestin yang ditindas oleh Zionis Israel.
Sumbangan amal buat Palestin turut diadakan pada malam itu.  Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi:

En. M. Fadhli al-Akiti (09-7414906)

19. February 2009 by sobekmy
Categories: Info Semasa, Umum | Tags: , | Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *

*