Maklumat & Rujukan Lengkap Keadaan Terkini Banjir di Negeri Kelantan Darul Naim

1) Info dan Laporan Lalulintas, Mangsa Banjir, Agihan Bekalan Makanan, Taburan Hujan dan lain-lain

Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my) – Semua maklumat terkini mengenai banjir oleh pengawai bertugas yang memantau 24 jam kedaaan semasa seluruh Kelantan. Bagi yang merancang perjalanan balik kampung sempena Hari Raya Korban boleh merujuk pada laporan lalulintas yang di tutup.

2) Info Paras Air Sungai-sungai Utama Kelantan

Web Infomasi Banjir Jabatan Pengairan & Saliran (www.infobanjir.water.gov.my) – Semua maklumat berkenanan paras air di sungai-sungai utama Kelantan. Anda boleh melihat secara live view keadaan sungai melalui Infobanjir Real-Time Flood Cameras website. Ada dua tempat kamera di pasang di Kelantan, Jeti Kastam dan Sungai Kuala Krai, tapi hanya kamera di Kuala Krai sahaja berfungsi.

3) Info Kawasan Bencana, Banjir, Tanah Runtuh dan Tanah Mendap

Portal e-Bencana Alam Jabatan Kerja Raya (www.bencanaalam.jkr.gov.my) – Memaparkan peta kawasan bencana yang melibatkan banjir, tanah runtuh, tanah mendap dan lain-lain becana.

Untuk mendapatkan maklumat yang di kemaskini dari Weblog Salam Pantai Timur bolehlah menyertai kami di Fan Page Facebook Weblog Salam Pantai Timur atau juga mengikuti kami di Twitter – http://twitter.com/sptdotcom

Kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada rakan anda dengan menekan ikon perkongsian di bawah ini !

24. November 2009 by sobekmy
Categories: Info Semasa | Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 2 comments

Comments (2)

  1. semakin risau aku tgk keadaan banjir di pantai timur skg ni. hurm

  2. Pingback: Gelombang Banjir Ke-4 Kelantan | Weblog Salam Pantai Timur

Leave a Reply

Required fields are marked *

*