2007-08-2
Karnival Halal Kelantan 2007
->
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan sedang menganjurkan Karnival Halal Kelantan 2007. Karnival ini yang akan diadakan pada 1 hingga 8 Ogos 2007 di perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke-IV dan Hotel Perdana Kota Bharu terbuka kepada semua Pengusaha Produk Halal yang terdiri daripada makanan minuman, bahan gunaan, perkhidmatan dan industri yang ada hubungkait dengan halal.
Berbagai aturcara telah dirancang untuk menyemarakan program ini seperti “One Day National Seminar On Syariah, Wacana Halal dan Kepenggunaan: Ayam Halal atau Haram?, Pertunjukan Fesyen Menutup Aurat, Kursus Sembelihan, Konvensyen Halal Kelantan dan Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah.
Disamping itu berbagai acara telah diatur untuk menarik pengunjung seperti Hiburan dan Kesenian Islam, Persembahan Silat, Cabutan Bertuah dan lain-lain.
[Download] Jadual Penuh Karnival Halal Kelantan 2007
Popularity: 13% [?]







