Karnival Walk With Me 2012

Karnival Walk With Me 2012

Sultan Muhammad V ketika menjayakan Karnival Walk With Me 2011

Setelah kejayaan Walk With Me 2011, kini Karnival Walkaton D’Raja Kelantan WALK WITH ME 2012 kembali lagi. Karnival akan berlangsung 3-5 Mei 2012, bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV. Karnival ini merupakan satu program amal tahunan anjuran Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi. Penganjuran karnival ‘Walkaton’ ini adalah lahir dari idea Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V sendiri.

Oleh itu, tagline “WALK WITH ME” tercipta! “M” merujuk kepada Muhammad dan “E” merupakan abjad ke-lima dalam susunan, oleh itu “ME” ialah KDYMM Sultan Muhammad V.Pada penganjuran kali pertama pada tahun 2011 acara Walkaton D’Raja Kelantan telah dinobatkan oleh The Malaysia Book Of Record sebagai pemegang rekod Penyertaan Terbesar di Malaysia dalam acara Walkaton D’Raja.

Maklumat lanjut karnival boleh layari lawan web rasmi http://www.royalkelantanwalkathon.com dan like facebook rasmi di https://www.facebook.com/royalkelantanwalkathon.

30. April 2012 by sobekmy
Categories: Berita Terkini | Tags: , , , | Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *

*