Rahsia Khasiat Budu Terbongkar

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Budu

Budu

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea|cirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sumber: Wikipedia

Tonton: Video Dikir Barat Lagu “BUDU” oleh Mat Glamour & Abe Jali

Baca: Budu Cap Ketereh Diiktiraf Harta Intelek

Popularity: 13% [?]

33 Comments

  1. aman 2006-12-5, 10:30 am

    budu oh budu..

    p/s: salam perkenalan

  2. Zairul 2006-12-6, 8:24 am

    Dah 3 tahun tak makan budu… kena start over ni :D

  3. mdyie 2006-12-7, 5:55 pm

    Kalu sebut budu gak, rasa lapar meta - meta.

  4. novatech 2006-12-12, 4:47 am

    makan budu sbg makane sampinge naik berat bade
    pah kalu make 150gm sari selamo 2minggu turun pulok berat bade?
    fakta ni rekaan semato mato ko ado proof saintifik?
    kawe buke gapo, kawe x se nipu semato mato nok menyohor kan budu. kawe make budu gap. bagi kawe budu itu sekadar sedap sahaja. masin..make byk daroh tinggi.
    ohh berair mulut sero naip hal budu

  5. jo 2007-01-11, 4:52 pm

    how to make budu?

  6. admin 2007-01-18, 10:40 am

    budu dibuat guna ikan bilis+garam…diperam di dalam tempayam besar selama beberapa hari…

  7. grutuk 2007-02-26, 4:36 am

    MAIKN LAMA DIPERAM MAKIN BANYAK KHASIATNYA….

  8. mek bungo 2007-03-8, 1:07 pm

    make budo lg naik jerawat lah ko muko.kawe x thn make budo.ado gak tra pas tu so so naik.oghe ader resdung jgn nak cb.nati tmbh teruk lah.ko slh kawe ghoyat ni

  9. redzwan 2007-03-30, 2:39 pm

    budu loni ore indon pun brehi
    budok2 u ado make budu ltak dalam maggi

  10. senok 2007-03-30, 3:12 pm

    haha..ore indon pn kenal budu deh..meme globalisasi sungguh..

    erm sedak kow bubuh lam maggi tue…kawe kena try jgk la..

  11. adyca arjuna 2007-06-1, 9:17 am

    sain kawe dari jepun brehi jgk budu ni..,kawe knl maso dok jepun dulu……:)

  12. sina bana ptako langit 2007-06-20, 5:57 am

    reply utk novatech:
    demo nih ngaji sains ko (bilogi, biokimia) x?..

    1.dio kato budu “menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ” ..mknonyo budu wi berat bade naik hok ado diarrhoea/cirit-birit..buke nyo ko ore sihat….

    2.dio kato “pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan”…bukn brmksud org gemuk jd kurus bilo make budu..kalu saiz bade dio besar scra genetik, bilo make budu saiz dio mantain tp thp kolestrol kure laa..org kurus pn ado jgk thp kolestrol tggi, tp kdg2..

    kecek molek gak, kalu x ngaji, xsoh wak komen kokse..

    budok kimia

  13. wang2u 2007-08-12, 9:49 pm

    Budu!!! budu!!!

  14. eelee 2007-09-25, 1:18 pm

    aku sparuh je kelantan nye..
    abah org kelantan,tanah merah..
    aku blaja tekonologi makanan..
    semster dpn aku nk wat analisis psl budu neh tuk final projek..
    nk tgk btol ke dok,smua bnde yg dia claimed kt atas tu..

  15. senok 2007-09-25, 2:25 pm

    ok nanti share ngan kitorang apa yang dapat yer lama analisis tue..nak tahu sgt2..ok terima kasih banyak..

  16. siti 2007-09-27, 1:53 pm

    best giler make budu….rugi arrr sapo hok x make budu nie..i love ue(budu)..mmuah2……

  17. che 2008-04-25, 10:24 am

    Slm.kalau tak ada budu, kurang selera makan. Jadi usah pinggir manu kita. shabas….kepada pengusaha budu.

  18. payeh 2008-06-4, 6:12 am

    budu2 ni sapo xbrehi wes…sedaknyoh…budu ni dh sinonim nge ore kelate..tp loni ore lua pn brehi jgk goni nih

  19. herr ruder reindart 2008-06-25, 3:38 am

    huhuhu…rindu kat kelantan..lama kawe dok makan budu..singam ikan ayo cicah budu my favourite..

  20. alang 2008-09-10, 5:32 am

    nyangkut sungguh bilo keno nasi panas2, ikan kering gelamo,budu picit ase,prenyet lado burung pedas..keno plok ngan ule pucuk tere, pucuk putat, jering jeruk,petai jeruk.mugo lain tolok tepi..

  21. cromers 2008-09-15, 1:37 am

    Ape la korg!! Aku selaku anak johor mempersembahkan korang kandungan budu yg aku dah analisis, protein 5.1%, fat 1.4%, kabohidrat 18.6%, ash 17.3%, memberi tenaga sebyak 107kcal per 100 g. Dan ape kejadahnye minah tu nak makan budu 150g sehari??dekat satu botol tu. gila ke ape!nak suh kene darah tinggi?? budu ada 20-30% kandungan garam!! memgla boleh kurus sbb bdn nak jadi macam ikan kering dah garam byk sgt. Tetapi klau dia amik makanan lain pun banyak xkan kurus pnyer!! menjahanamkan badan ade.. pada yang resdung tp nak makan budu, carilah pil anti-histamin..makan pil sblum mkn budu..xkan teruk resdung..kerana histamin lah yang menjadi alahan kepada pengidap resdung.!!!

  22. ja_me 2008-09-15, 4:14 am

    kawe pn suko weh!!sedak kakloh..

  23. lissa 2008-09-18, 7:07 am

    i org puteh.. i berkawan dgan org melayu di kelantan.. itu boyfriend i lah.. dia paksa i makan budu.. mula2 i taknak tapi bila dah makan i jadi ketagih.. sedap sungguh itu budu.. masa mahu balik amerika i bawa sebotol.. mommy and daddy pun suka.. dia suruh i datang lagi bawa balik banyak2 tapi itu kastam tak bagi.. bodoh betul itu kastam… oohh budu i merinduimu

  24. miss_lan 2008-09-26, 2:49 am

    kalu makey budu nge nasik…se puyuk nasik dok genak lagi….
    dok payoh lauk laing..
    budu nge ike tawar jah…ule sikit…
    ermmmmmm……..

  25. ubey 2008-10-4, 9:58 am

    hahaha.. gitu la blog2 loni. paka copy paste jah gpo hop baco. bukan nk kaji sendiri betul ko dop. mano source asal berito ni? klu wikipedia kawe blh edit phni. klu betul pn, ni mungkin utk kajian mugo lain. bukan budu.

  26. Pok Nick 2008-10-6, 12:55 pm

    Oh alok laaa, Kawe pong kalu tengok budu dengan ikan percik gak tambah lagi dalam budu tu pecit puak dengan lada dan limau kasturi gak, ambo tak kelih kiri kana dah. Sedap sungguh kalu makan dengan nasi panas panas pastu pulak ber kuah kan dengan ikan baung gulai tempoyak..
    Wow sedap weyyy. Air liur meleleh leleh sadap weyyy.

  27. adam 2008-10-11, 4:04 am

    kawe dok negeri bayah bayu. kawe penah buat budu sekali, warna jadi dah, napok mace budu kampung dah, tapi rasonya tok jadi, nya masin pperat nak pahit gitu. kawe ikut sukatan dah. bila tanya org kapung, rupanya tokleh guna garam halus hok jual di kedai tu. kena guna garam kasar hok dale guni. gak sini takdok. tohok sajo la budu tu hehehe. pah loni budu ada jual dah kat kawe dok ni. tak payah buat lagi.

  28. mady 2008-10-22, 3:09 pm

    saya ado budu

  29. mady 2008-10-23, 1:01 am

    budu sedap sggh!!!

  30. Busu 2008-10-31, 1:49 am

    Kawe make budu sebotol sehari pakai straw!!!

  31. Apek 2008-10-31, 11:07 am

    Byk gak khasiat ni dok…
    Pelik gapo gak budu kito pas london..
    kawe klu mkn ulam gak mst ngn budu…
    oloh sedaaap sunggoh

  32. Aiman 2008-10-31, 1:35 pm

    Nak tnya ckit…

    mcm mna nak ilangkan bau budu yang tumpah ekk?

    kat umah sewa i nie baru jap tumpah budu,

    dah puas lap+mop+sabun+pewangi…

    tapi bau tak hilang2

    harap membantu

  33. prof din 2008-11-26, 7:51 pm

    kalu bodo jgn komen..baco perabih dulu gak..wat kajian konon…bijok la tu..baco molek2..mmg budu byk protein dat is the fact..

Dapatkan Update MP3 Dikir Barat, Video Wayang Kulit & Berita Dari Kami Melalui Email:

Delivered by FeedBurner

Entri Berkaitan

  • Video + Lirik Dikir Barat : Budu - Mat Glamour & Abe Jali
  • Video : Drama Mek Salmah Dari Scotland
  • How To Make Nasi Kerabu
  • Video + Lirik Dikir Barat : Megat Nordin - Minyak Oh Minyak
  • Komen anda





    Tags
    abe yie Adik Wani Aidilfitri akademi arjunasukma Animasi Animasi Wayang Kulit antidadah arjunasukma ASEAN asrulfaizal ASWARA baju komuniti dikir barat malaysia Balai Seni Lukis Negara bienda Brigak Buat Duit budak kelantan chat Che Mat Jusoh cikgu naim dalang Dalang Pak Nasir Dalang Saupi danny x factor Dato Ahmad Shabery Cheek Dato Seri Anwar Ibrahim Datuk Mohd.Shafie Apdal Daud Bukit Abal Debat Dikir Antarabangsa Dikir Audition Dikir Barat dikir barat asean Dikir Barat Hari Raya dikir barat moden dikir fantasi dikir fantasi 2 Dikir Hindustan Dikir Moden Dikir Rayo Download drama eman manan Fakri Farah Fauzana Bertudung Festival Dikir Barat Antarabangsa festival gendang Festival Seni Universiti Malaya 2008 Filem Filem Budak Kelantan filem wayang Futsal PAKATAN Gambar Main Teri Gembala Kambing gendang Gomo Man gomoman halim yazid Hamid Budaya Hari Belia Negara 2008 Hari Raya Ida Nerina Iklan di Kelantan Informasi Irwan Danhil Istana Budaya jaguh 3 pesona dikir jali bunga tanjung jen endoro juara Jusoh Kelong KAFA kapilla karangkraf Karnival Karut KB Mall KEKWA kelantan Kelantan FC kelantanese kelate Kemara Yatim Kesenian Tradiosnal Kelantan Kesenian Tradisional Kelantan Khalid Jamlus komuniti dikir barat malaysia Konsert Amal Dikir Barat konsert dikir barat kosmo kota bharu koya best Lawak Jenaka Lelaki Kelantan lirik Lirik Dikir Barat lokanbertepuk mafaka Main Puteri Majalah Pentas Majlis Belia Malaysia Majlis Buka Puasa Majlis Perkahwinan mak Mak Yong Ekstravaganza 2008 mak yong nik kecik dewa muda Mak Yung Makanan Makyung Raja Adil malaysia mat glamour matglamour matic megat nordin melayu MHI TV3 Minyak Naik Minyak Oh Minyak MMU MP3 MP3 Dikir Barat MP3 Wayang Kulit muzik asli muzik tradisional muzik tradisional kelantan nasi kerabu Oh Saiba orang arab kecek dialek kelate pak lokan Pakatan pakatan darul naim Permainan Tradisional Kelantan Persembahan Pertandingan Pertandingan Dikir Barat Pertandingan Dikir Barat Akhir RTM pertandingan dikir barat antidadah 2008 Pertandingan Dikir Barat MAKUM IPTA 2007 Perubatan Tradiosional Kelantan Pesta Nasi 100 Kelantan Planet Dikir Prof.Hatta Azad Khan projek kami Radio Rebab review rindu merindu rosalinda Rosnan rumah terbuka sabri yunus said Salam Pantai Timur samad samudera Sejarah Sejarah Kelantan selamat tahun baru 2008 Seminar Buat Duit SMS seni tradisional melayu setapo Silat Kelantan sinar harian Sitkom Salam Pantai Timur skuda cakna streaming Sukimi Sungai Nenggiri suratkhabar Sutera Inn Hotel Sutrapawana UIAM Sutung Umar Tahun Melawat Kelantan 2008 Tari Inai Tempat Menarik Terminal Minyak Pantai Senok thailand Tok Selampit tokoh tradisional Tragedi Sejarah Negeri Kelantan trailer budak kelantan Ulasan Umum USM UTM video Video Animasi Kelantan video dikir barat Video Main Puteri videol Visit Kelantan 2008 visit malaysia 2007 Vocabulary wak yoh wak yoh samad said Waksir wani Wayang Kulit Wayang Kulit Kelantan Wayang Kulit Saupi world drum festival 2008 youtube Zaidi Buluh Perindu Zul Huzaimy