Bachok, 18 Disember 2009. Satu mayat lengkap berpakaian dengan bahagian kepalanya hampir tinggal tengkorak ditemui terdampar di pesisiran pantai berhampiran tapak ekspo oleh beberapa penduduk kampung kira-kira 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Bachok DSP Yahya Salleh berkata mayat lelaki itu memakai t-shirt berlengan panjang berwarna coklat bersama seluar trek berwarna hitam dipercayai berumur sekitar 40-an dan tidak di termui sebarang dokumen pengenalan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dengan menelefon 09-7788222 bagi membantu siasatan. Sumber – Bernama




aloh la.. kes mati pulok dh..
sek kelaut kot