Gambar Mek Salam Pantai Timur Kurus

mek salam pantai timur

[Kredit picture to myspace mek]

Mek kurus untuk cantik, sihat

Mek mula dikenali ramai menerusi sitkom Salam Pantai Timur yang disiarkan setiap Jumaat, jam 10.30 malam di RTM1. Wataknya sebagai Mek yang bertutur loghat Kelantan begitu diminati penonton.

Ternyata Mek menjual bakat dan dia tidak bergantung kepada bentuk tubuh yang langsing untuk menjadi anak seni. Namun, sejak awal tahun ini tiba-tiba Mek sedar dia perlu melakukan sesuatu bagi mengurangkan berat badan bukan saja untuk tujuan kecantikan malah demi menjaga kesihatan.

“Saya mahu bertambah yakin apabila berdepan dengan masyarakat. Sudah acap kali orang menegur tubuh saya berisi. Peliknya saya tidak terfikir langsung untuk menguruskan badan. Hanya pada awal tahun ini, tiba-tiba timbul semangat yang berkobar-kobar untuk saya menurunkan berat badan.
“Apabila saya sendiri yang mahu kurus, semangat itu terasa lain macam. Selama enam bulan saya nekad tidak menjamah walau sebutir nasi. Saya juga tidak menyentuh makanan berminyak dan tidak makan daging. Sebagai ganti saya banyak minum air mineral, makan buah-buahan dan sup.

“Saya juga bersenam dua jam sehari dan berlatih aerobik. Saya makan sejenis ubat herba buatan ibu (Tuan Yam Syed Nur, 46). Hasilnya, selepas enam bulan, berat saya turun 40 kilogram dan kini berat saya 63 kilogram. Saya perlu turunkan 10 kilogram lagi untuk dapatkan berat badan ideal,” katanya.

Tambah Mek, masuk bulan kelima barulah dia makan tom yam sekali sehari.
Menurut Mek, dengan semangat itu, dia yakin dapat mengurangkan berat badan dan jika dia tidak melakukannya di kala usia masih muda, dia khuatir tidak akan dapat menguruskan badannya sampai bila-bila.

Bagaimanapun kata Mek, percubaan awalnya untuk mengurangkan berat badan bukanlah perkara mudah tambahan Mek suka makan terutama ayam goreng dan burger.

“Sebelum ini tidak lengkap menu harian tanpa ayam goreng dan burger tetapi demi mencapai impian di hati saya tutup terus selera untuk menjamah dua hidangan kegemaran saya itu.

[via]

Sila kongsi serta tinggalkan komen dan jadi orang yang pertama mendapatkan berita terbaru dari Weblog Salam Pantai Timur terbaru melalui email.
This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

9 Responses to Gambar Mek Salam Pantai Timur Kurus

  1. ktom says:

    Tambah cantik Mek tu….

    Yus, cuba tanya dia ubat yg dia makan tu nak beli kat mana? hahahaha…Ktom pun teringin sgt nak kurus ni….

  2. senok says:

    mmg comel mek lani kaktom..hehe…owh dia mgkn make daun ketom kot kaktom..hehehe..gurau jah..

    rahsia dia tak jamah nasik je kak tom…kak tom kena puasa jgn bukak ngan nasik..make sup jah..

  3. along says:

    boleh tak mek jual herba yang mak mek buat tue…………

  4. NIK says:

    mek koho come loni….. bulih ko mek oyak kito rahsio mek….. kito pun nok kuruh jugok……. cayo lah mek……..

  5. nabilah says:

    saya student uitm.
    dari dulu saya nak kurus.
    saya mule gemuk sejak drjah 6.
    berat pernah tinggi saya 75.
    sejak puasa saya x sentuh nasi.
    baru 2 minggu puasa berat saya da hilang 3 kg.
    saya joging.
    penat letih.
    tp saya harap saya dapat jd kurus mcm mek.
    saya da malu ngan orang yg suke ckap saya gemok.
    even abah saya pun suke ejek saya.
    tgoklah kalo da kurus nt.

  6. Zita says:

    Mek …share la ubat ape yang mak mek bg makan? kalau nak jual i rasa cam nak beli ja, i perlu turunkan 17 kilo utk dapatkan berat badan yang ideal.

  7. Iez says:

    Salam,

    Tahniah buat Mek. Slimming is a determination. Di sini saya ingin berkongsi dengan semua satu weight management program yg amat mudah, selamat (tiada stimulant/diuretics/caffein/side effects), tidak perlu berlapar (kerana ini menurunkan kadar metabolisma), tidak perlu senaman (klu bersenam kira bonus la) dan yg paling penting GUARANTEE NO REBOUND dengan menggunakan formula asas iaitu menurunkan kadar body fat dan meningkatkan kadar metabolisma. Untuk keterangan lanjut jangan segan silu untuk menghubungi saya di:

    Hp: 019-2727518
    YM: d_aiez
    Skype: iezpossible

    Take care!
    -Iez-

  8. abby says:

    saya ada herba mek tu, memang bagus . Bila ambil herba tu tak rasa nak makan dan boleh menyebabkan penurunan berat badan yang banyak. berminat hubungi saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>