2008-10-15
Filem “Wayang”
Pada 13 November tahun ini,sebuah filem yang mengaitkan kesenian wayang kulit yang bertajuk ‘Wayang’ akan masuk panggung.Ia adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Universiti Teknologi Mara.Berikutnya ialah info-info filem.
Pengarah: Prof.Hatta Azad Khan
Syarikat Penerbit: UiTM(Universiti Teknologi Mara)
Barisan pelakon:
Eman Manan-Dalang Awang Lah
Zul Huzaimy-Awi
Mas Muharni-Melor
Ida Nerina-Mak Cik Esah
Wan Kenari-Jusoh Angry
Anuar Idris-Pak Mail
Mazlan Tahir-Pak Ku Seman
Sinopsis:
Tok Dalang Awang Lah yang gigih meneruskan permainan wayang kulit di kampung halamannya di Kelantan kurang disenangi oleh sepupunya,Jusoh yang menganggap permainan wayang kulit adalah haram di sisi Islam.
Awang Lah memelihara dua orang anak yatim yang istimewa iaitu Awi,seorang budak yang buta dan Melor yang bersuara sengau. Apabila remaja,Awi cuba menyelitkan elemen pop dalam wayang kulit tatapi ia dibantah oleh Awang Lah kerana dia menganggap alat seperti gitar dapat mencemarkan keaslian wayang kulit.
Pada suatu hari,Awang Lah rebah ketika bermain wayang kulit. Setelah itu, Awang Lah menerima perubahan wayang kulit setelah dinasihati oleh
Pak Ku Seman.












