Filem : Koya Best

Freshbooks Invoicing System

COMING SOON – FILEM KOYA BEST

Buchek dan Jaha, dua teman sekampung dengan kehidupan berbeda. Buchek, seorang graduan manakala Jaha, lepasan Sekolah Henry Gurney.

koya bestZaman kanak-kanak dan ketenangan di bumi Kelantan ditinggalkan hanya untuk dipertemukan kembali di Kuala Lumpur, kota idaman yang juga kota penuh dugaan.

Pertemuan itu mendedahkan kehidupan hitam Jaha – pedagang dadah, perempuan dan liar, mendorong Buchek untuk membantu sehingga sanggup mengorbankan cintanya apabila menyedari temannya itu jatuh hati pada kekasihnya, Che Nor.

Buchek rela melepaskan Che Nor, namun mampukah cinta mengubah manusia seperti Jaha yang selama ini hidup berkiblatkan Barat itu?

Salahkah Che Nor mempertahankan cintanya pada Buchek dengan alasan soal hati bukan sesuatu yang boleh diperdagangkan?

Sedang Buchek pula mempertikaikan pendirian Che Nor yang dianggap lebih mementingkan diri daripada perintah Tuhan.

Satu pembunuhan berlaku lalu mencetuskan satu transisi dalam episod cinta dan hidup Jaha, Buchek serta Che Nor.

koya best

koya best

koya best

koya best

Pelakon : Danny X-Factor ( Buchek), Bienda (Che Nor), Mohd Asrulfaizal Kamaruzaman (Jaha), Md Eyzendy Md Aziz (Li Bokbong), Wan Md Zuhari Wan Harun (Peija), Muhammad Haqqam Hakiri (Meghei Cikgu)

Arahan : Wan Azli Wan Jusoh

Kredit Gambar & Info : GBSB

Sila kongsi serta tinggalkan komen dan jadi orang yang pertama mendapatkan berita terbaru dari Weblog Salam Pantai Timur terbaru melalui email.
This entry was posted in Filem & Drama, Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Filem : Koya Best

  1. alynn says:

    ble nk tubik panggung cito koya best??

  2. reres says:

    besh ker dop crito koya besh nih?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>