Festival Seni Dikir Barat Antrabangsa

festival-dikir-barat-antrabangsa

KOTA BHARU, 19 Muharram 1428 Pelbagai program diatur kerajaan negeri bagi memartabatkan seni budaya Kelantan seperti persembahan seni dikir barat agar tidak luput ditelan zaman, selain memastikan seni budaya kebanggaan rakyat Kelantan ini tidak bercanggah dengan Islam.Pelbagai program dan sumbangan bantuan disalurkan kerajaan negeri bagi memastikan seni dikir barat dan penggiat seninya sentiasa terbela dari segi kebajikan.Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB), Zulkepli Mohamad berkata, dalam usaha mengangkat seni dikir barat diperingkat antarabangsa koperasi dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan satu Festival Seni Dikir Barat Antarabangsa.

Festivel dalam bentuk pertandingan ini merupakan yang pertama kali dianjurkan di peringkat antarabangsa dalam usaha memperkenalkan seni kebanggaan rakyat Kelantan di persada dunia, jelas beliau di majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima Anugerah Rumah Tokoh Dikir Barat pertama, Megat Nordin di Kampung Chepo, dekat sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato Haji Anuar Tan Abdullah.Menurut Zulkepli lagi, festivel atau pertandingan dikir barat itu dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos depan dan akan melibatkan penyertaan kumpulan dikir barat dari negara Thailand , Brunei , Singapura dan Indonesia .Selain itu menurut beliau, pihak koperasi juga meneruskan program persembahan mingguan secara bergilir-gilir yang diadakan sejak setahun lalu, dalam usaha memberi peluang kepada semua kumpulan dikir barat yang berdaftar sebagai anggota KDBKB dari seluruh Kelantan mengadakan persembahan kepada orang ramai dibeberapa tempat yang telah atur.

Untuk tujuan itu pihak kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan kepada KDBKB sebanyak RM75,000 bagi melaksanakan program persembahan mingguan di tempat-tempat terpilih. Beberapa tempat tumpuan ramai telah dipilih bagi dijalankan program itu, antaranya di Pasaraya Besar KB Mall, Tesco,

Pasaraya Bilall dan perkarangan Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan program ini dijangka bermula pertengahan Febuari depan. Sementara itu, Anuar Tan berkata, sejak ditubuhkan dua tahun lepas tidak kurang RM350,000 telah disumbangkan kerajaan negeri kepada KDBKB bagi melaksanakan pelbagai aktiviti memajukan seni dikir barat, selain menjaga aspek kebajikan penggiat seninya. Ini termasuk menyediakan peruntukkan sebuah rumah setahun bernilai RM30,000 kepada tokoh dikir barat yang banyak menyumbang jasa mengembangkan seni dikir barat, yang telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi,? jelas beliau.Bagi tahun 2007 kerajaan negeri melalui cadangan KDBKB telah memilih tokoh dikir barat dan tukang karut tersohor,

Abdullah Che Man atau Pak Nik Lah Tok Deh sebagai penerima kedua anugerah rumahHadir sama pada majlis itu, tokoh-tokoh vateran dikir barat tersohor antaranya Abdullah Che Man, Mat Daud Che Matdan lain-lain penggiat seni dikir barat.

Sumber : Buletin@Online buletinupkn.info

2 Comments

  1. Pertandingan Dikir Barat ASEAN | Weblog Salam Pantai Timur 2008-07-22, 6:19 pm

    [...] Pertandingan Dikir Barat Asean akan menyusul tidak lama lagi. Program yang sudah termaktub di Kalendar Tahun Melawat Kelantan 2008 ini akan di adakan di perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke IV pada 23 & 24 Ogos 2008. [...]

  2. jusuh 2008-07-23, 2:25 pm

    zaman dah berubah…… negara dah maju…… tp masih ada lg orang tidur telanjang….

Dapatkan Update MP3 Dikir Barat, Video Wayang Kulit & Berita Dari Kami Melalui Email:

Delivered by FeedBurner

Entri Berkaitan

  • Festival Seni Universiti Malaya 2008
  • ...
  • Pertandingan Dikir Barat ASEAN
  • ...
  • Pertandingan Dikir Barat Sempena Festival Seni Universiti Malaya 2009
  • ...
  • Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia 2009 (FEStKUM ‘09) – 9 hingga 13 Disember 2009
  • ...
  • World Drum Festival 2008
  • ...
  • Simfoni Gendang Rebana Perdana Citrawarna Malaysia
  • ...
  • Festival Kelantan 2007
  • ...
  • Kelantan Food Festival At United Nation (UN)
  • ...
  • World Drums Festival 2007
  • ...
  • Blog Seni Tradisional Melayu
  • ...

    Komen anda