Dikir Warriors – Lapan Lagu Pembakar Semangat Skuad The Red Warriors

Dikir Warriors

Rosli Zakaria (kiri) bersama anggota Kumpulan Dikir Warriors menunjukkan poster dan album Dikir Warriors

Menjelang aksi final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby, Sabtu ini, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) dengan kerjasama RF Creative Resources telah menerbitkan album Dikir Warriors (DW) berjudul Bo Lawe Staro Demo.

Album diterbitkan bagi tujuan membangkitkan semangat skuad The Red Warriors, selain menghangatkan lagi suasana menjelang aksi final itu nanti. Timbalan Presiden Kelate.net Mahizi Mahmood berkata, album tersebut merupakana ‘buah tangan’ pertama hasil kolaborasi pihaknya dengan sekumpulan pejuang dan pencinta dikir barat. 

Artis DW akan mengadakan persembahan secara live sebelum sepak mula untuk menggamatkan dan menyemarakkan lagi semangat para penyokong yang hadir. Menurut penerbit album berkenan, Rosli Zakaria memberitahu, idea menghasilkan album timbul selepas melihat semangat tinggi yang ditunjukkan oleh penyokong Kelantan ketika memberikan sokongan kepada The Red Warriors sewaktu final Piala FA bertemu terengganu tahun lalu. Album mengandugi lapan lagu. iaitu Legasi Mat Che Su, Bo Lawe Staro Demo, Harimau Malay & Gol, Gol, Gol.

Kredit : Gambar & Sumber dari Kosmo 16.05.2012

Dapatkan CD Dikir Warriors Sekarang ! Klik www.dikirwarriors.com

16. May 2012 by sobekmy
Categories: Dikir Barat, Info Semasa | Tags: , , , , , | 4 comments