2007-11-6
Rakaman Sitkom Salam Pantai Timur
->
Pada 31 Oktober dan 1 November 2007 yang lalu, bertempat di studio 1 Wisma TV RTM Angkasapuri, saya berpeluang menyaksikan proses rakaman sitkom Salam Pantai Timur di lakukan.
Sesi rakaman bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang untuk setiap sesi.
Pada hari pertama rakaman dimulakan dengan sesi sitkom.
Set pentas rakaman Sitkom Salam Pantai Timur.
Mek Salam Pantai Timur sedang beraksi, sememangnya mek begitu popular di kalangan peminat Sitkom Salam Pantai Timur.
Imuda dan Bell sedang beraksi, membawakan watak ayah dan anak.
Dari pandangan dalam studio, jurukamera sedang mengambil shot rakaman yang terbaik.
Penonton terdiri dari awak-awak kumpulan dikir barat Sutrapawana dari UIA dan Suara Muda dari UM yang menjayakan sesi rakaman ini dengan suara hilai ketawa spontan. Sememangnya penonton ini penting proses rakaman ini untuk menghidupkan lagi lawak jenaka dalam sitkom.
Sesi perbincangan di antara pelakon dan crew-crew rakaman.
sesi kedua di set pentas kedua bercirikan kedai makan. Pelakon Angeline Tan, Nor Khairiah, Imuda dan Abe jali sedang beraksi. Lawak yang di bawakan memang spontan di sambut dengan hilai tawa penonton di studio.
Pandangan di dalam studio.
Sesi rakaman dikir barat di jayakan oleh Bell sebagai Tok Jogho bersama gabungan kumpulan dikir barat Sutrapawan dan Suara Muda. Arjunasukma beraksi sebagai tukang gendang jemputan.
Sesi Tok Jogho bersama Abe Jali pula mengambil alih pentas.
Hari kedua rakaman
Imuda dan Angeline Tan
Di sebalik tabir.. krew, jurukamera, pelakon dan penonton
Gabungan pelakon yang sememangnya lucu dan mencuti hati.
Jurukamera bersedia merakamakan aksi sitkom.
Sesi Tukang karut bersama Ayie dan Abe Jali.
Abe Jali dan Sabri Yunus untuk rakaman terakhir sesi tukang karut dikir barat.
Dua hari rakaman memberi pengalaman yang menarik bagi penonton baru di studio seperti saya. Terima kasih kepada Arjunasukma @ Abe Yie kerana memberi peluang ke sesi rakaman ini.
Semoga sesi rakaman akan datang dapat di ikuti bersama dengan ahli-ahli Komuniti Dikir Barat Malaysia. Insyallah akan di jadikan aktiviti tetap ahli.
Popularity: 21% [?]








