2008-08-18
Persembahan Kesenian Tradisional Kelantan
->
Gambar-gambar rentetan peristiwa minggu lepas sekitar majlis perkahwinan saudara Mafaka pada 10 Ogos 2008 telah di serikan dengan persembahan kesenian tradisional seperti Silat Kelantan, Dikir Barat dan Tari Inai.
Pada sebelah malam sebelum hari majlis perkahwinan telah diadakan dikir hatuk diantara 3 kumpulan dikir barat. Kumpulan dari Universiti Malaya, Kumpulan Irama Warisan Pantai Dalam dan Kumpulan Kencana Putra.
Kumpulan Dikir Barat dari Universiti Malaya, kumpulan junior yang baru memenangi pertandingan antara Kolej Universiti Malaya.
Halim Yazid dan anaknya yang turut memeriahkan persembahan.
Kumpulan Dikir Barat Kencana Putra
Sesi Tukang Karut, Muslih dari Sutrapawana UIA dan Jen KD bersama kumpulan Irama Warisan Pantai Dalam.
Pada hari perkahwinan, persembahan Silat Kelantan dan Tari Inai diadakan.

Para pemuzik tradisional seni tradisional di ketuai oleh saudara Kamarul dari ASWARA.
Silat Kelantan oleh Arjunasukma dan Mie Puchong.
Akhir sekali persembahan Tarian Inai oleh bekas pelajar ASWARA.
Persembahan yang begitu meriah dan jarang-jarang dapat disaksikan di Lembah Kelang telah dipertontonkan pada majlis berkenaan.
Perbincangan boleh diikuti di forum Dikir Barat Malaysia. Kepada saudara Mafaka dan isteri, selamat pengantin baru diucapkan.
Popularity: 20% [?]








