Festival Seni Dikir Barat Antrabangsa

festival-dikir-barat-antrabangsa

KOTA BHARU, 19 Muharram 1428 Pelbagai program diatur kerajaan negeri bagi memartabatkan seni budaya Kelantan seperti persembahan seni dikir barat agar tidak luput ditelan zaman, selain memastikan seni budaya kebanggaan rakyat Kelantan ini tidak bercanggah dengan Islam.Pelbagai program dan sumbangan bantuan disalurkan kerajaan negeri bagi memastikan seni dikir barat dan penggiat seninya sentiasa terbela dari segi kebajikan.Pengerusi Koperasi Dikir Barat Kelantan Berhad (KDBKB), Zulkepli Mohamad berkata, dalam usaha mengangkat seni dikir barat diperingkat antarabangsa koperasi dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan satu Festival Seni Dikir Barat Antarabangsa.

Festivel dalam bentuk pertandingan ini merupakan yang pertama kali dianjurkan di peringkat antarabangsa dalam usaha memperkenalkan seni kebanggaan rakyat Kelantan di persada dunia, jelas beliau di majlis Penyerahan Kunci Rumah kepada penerima Anugerah Rumah Tokoh Dikir Barat pertama, Megat Nordin di Kampung Chepo, dekat sini baru-baru ini.

Majlis penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, Dato Haji Anuar Tan Abdullah.Menurut Zulkepli lagi, festivel atau pertandingan dikir barat itu dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos depan dan akan melibatkan penyertaan kumpulan dikir barat dari negara Thailand , Brunei , Singapura dan Indonesia .Selain itu menurut beliau, pihak koperasi juga meneruskan program persembahan mingguan secara bergilir-gilir yang diadakan sejak setahun lalu, dalam usaha memberi peluang kepada semua kumpulan dikir barat yang berdaftar sebagai anggota KDBKB dari seluruh Kelantan mengadakan persembahan kepada orang ramai dibeberapa tempat yang telah atur.

Untuk tujuan itu pihak kerajaan negeri telah meluluskan peruntukkan kepada KDBKB sebanyak RM75,000 bagi melaksanakan program persembahan mingguan di tempat-tempat terpilih. Beberapa tempat tumpuan ramai telah dipilih bagi dijalankan program itu, antaranya di Pasaraya Besar KB Mall, Tesco,

Pasaraya Bilall dan perkarangan Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan program ini dijangka bermula pertengahan Febuari depan. Sementara itu, Anuar Tan berkata, sejak ditubuhkan dua tahun lepas tidak kurang RM350,000 telah disumbangkan kerajaan negeri kepada KDBKB bagi melaksanakan pelbagai aktiviti memajukan seni dikir barat, selain menjaga aspek kebajikan penggiat seninya. Ini termasuk menyediakan peruntukkan sebuah rumah setahun bernilai RM30,000 kepada tokoh dikir barat yang banyak menyumbang jasa mengembangkan seni dikir barat, yang telah dimulakan sejak tahun 2006 lagi,? jelas beliau.Bagi tahun 2007 kerajaan negeri melalui cadangan KDBKB telah memilih tokoh dikir barat dan tukang karut tersohor,

Abdullah Che Man atau Pak Nik Lah Tok Deh sebagai penerima kedua anugerah rumahHadir sama pada majlis itu, tokoh-tokoh vateran dikir barat tersohor antaranya Abdullah Che Man, Mat Daud Che Matdan lain-lain penggiat seni dikir barat.

Sumber : Buletin@Online buletinupkn.info

Popularity: 17% [?]

2 Comments

  1. Pertandingan Dikir Barat ASEAN | Weblog Salam Pantai Timur 2008-07-22, 6:19 pm

    […] Pertandingan Dikir Barat Asean akan menyusul tidak lama lagi. Program yang sudah termaktub di Kalendar Tahun Melawat Kelantan 2008 ini akan di adakan di perkarangan Stadium Sultan Mohd Ke IV pada 23 & 24 Ogos 2008. […]

  2. jusuh 2008-07-23, 2:25 pm

    zaman dah berubah…… negara dah maju…… tp masih ada lg orang tidur telanjang….

Dapatkan Update MP3 Dikir Barat, Video Wayang Kulit & Berita Dari Kami Melalui Email:

Delivered by FeedBurner

Entri Berkaitan

  • Festival Seni Universiti Malaya 2008
  • Pertandingan Dikir Barat ASEAN
  • Blog Seni Tradisional Melayu
  • Festival Kelantan 2007
  • Komen anda





    Tags
    abe yie Adik Wani Aidilfitri akademi arjunasukma Animasi Animasi Wayang Kulit antidadah arjunasukma ASEAN asrulfaizal ASWARA baju komuniti dikir barat malaysia Balai Seni Lukis Negara bienda Brigak Buat Duit budak kelantan chat Che Mat Jusoh cikgu naim dalang Dalang Pak Nasir Dalang Saupi danny x factor Dato Ahmad Shabery Cheek Dato Seri Anwar Ibrahim Datuk Mohd.Shafie Apdal Daud Bukit Abal Debat Dikir Antarabangsa Dikir Audition Dikir Barat dikir barat asean Dikir Barat Hari Raya dikir barat moden dikir fantasi dikir fantasi 2 Dikir Hindustan Dikir Moden Dikir Rayo Download drama eman manan Fakri Farah Fauzana Bertudung Festival Dikir Barat Antarabangsa festival gendang Festival Seni Universiti Malaya 2008 Filem Filem Budak Kelantan filem wayang Futsal PAKATAN Gambar Main Teri Gembala Kambing gendang Gomo Man gomoman halim yazid Hamid Budaya Hari Belia Negara 2008 Hari Raya Ida Nerina Iklan di Kelantan Informasi Irwan Danhil Istana Budaya jaguh 3 pesona dikir jali bunga tanjung jen endoro juara Jusoh Kelong KAFA kapilla karangkraf Karnival Karut KB Mall KEKWA kelantan Kelantan FC kelantanese kelate Kemara Yatim Kesenian Tradiosnal Kelantan Kesenian Tradisional Kelantan Khalid Jamlus komuniti dikir barat malaysia Konsert Amal Dikir Barat konsert dikir barat kosmo kota bharu koya best Lawak Jenaka Lelaki Kelantan lirik Lirik Dikir Barat lokanbertepuk mafaka Main Puteri Majalah Pentas Majlis Belia Malaysia Majlis Buka Puasa Majlis Perkahwinan mak Mak Yong Ekstravaganza 2008 mak yong nik kecik dewa muda Mak Yung Makanan Makyung Raja Adil malaysia mat glamour matglamour matic megat nordin melayu MHI TV3 Minyak Naik Minyak Oh Minyak MMU MP3 MP3 Dikir Barat MP3 Wayang Kulit muzik asli muzik tradisional muzik tradisional kelantan nasi kerabu Oh Saiba orang arab kecek dialek kelate pak lokan Pakatan pakatan darul naim Permainan Tradisional Kelantan Persembahan Pertandingan Pertandingan Dikir Barat Pertandingan Dikir Barat Akhir RTM pertandingan dikir barat antidadah 2008 Pertandingan Dikir Barat MAKUM IPTA 2007 Perubatan Tradiosional Kelantan Pesta Nasi 100 Kelantan Planet Dikir Prof.Hatta Azad Khan projek kami Radio Rebab review rindu merindu rosalinda Rosnan rumah terbuka sabri yunus said Salam Pantai Timur samad samudera Sejarah Sejarah Kelantan selamat tahun baru 2008 Seminar Buat Duit SMS seni tradisional melayu setapo Silat Kelantan sinar harian Sitkom Salam Pantai Timur skuda cakna streaming Sukimi Sungai Nenggiri suratkhabar Sutera Inn Hotel Sutrapawana UIAM Sutung Umar Tahun Melawat Kelantan 2008 Tari Inai Tempat Menarik Terminal Minyak Pantai Senok thailand Tok Selampit tokoh tradisional Tragedi Sejarah Negeri Kelantan trailer budak kelantan Ulasan Umum USM UTM video Video Animasi Kelantan video dikir barat Video Main Puteri videol Visit Kelantan 2008 visit malaysia 2007 Vocabulary wak yoh wak yoh samad said Waksir wani Wayang Kulit Wayang Kulit Kelantan Wayang Kulit Saupi world drum festival 2008 youtube Zaidi Buluh Perindu Zul Huzaimy