2008-10-19
Akademi Arjunasukma Kembali
->
Setelah sekian lama blog Arjunasukma mengalami masalah teknikal, akhirnya kembali ke alam maya dengan penuh gah dan lebih menarik persembahannya kali ini. Pelbagai coretan dan kisah ingin di sampaikan serta dikongsi di blog nya yang semestinya berkisar dengan dunia Dikir Barat di Malaysia. Beliau sangat aktif berdikir dan mengajar dikir barat di Malaysia ini malalui Akademi Arjunasukma.
Saya yang mengenali beliau sejak dua tahun lalu, merupakan tulang belakang utama kepada penubuhan Komuniti Dikir Barat Malaysia. Perkenalan yang tidak diduga ini telah melahirkan sebuah platform utama sebagai rujukan pendikir dan peminat kesenian dikir barat di Malaysia.
Serba sedikit mengenai beliau yang di petik dari blognya.
Arjunasukma atau nama sebenarnya Mohd Sulhie bin Yusuf, berumur 30 tahun berasal dari Kelantan. Beliau dilahirkan di Kampung Padang Lalang, Tanah Merah, Kelantan dan mula melibatkan diri dalam dikir barat pada tahun 1987 ketika berusia 10 tahun.
Bermula dari menjadi awak-awak dalam kumpulan dan setahun kemudian beliau mula berjinak-jinak dengan alat-alat muzik seperti belajar memalu gong, canang, marakas, gendang anak dan seterusnya gendang ibu.
Setelah beberapa tahun belajar dan mendalami ilmu muzik dikir barat ini, barulah beliau mendapat kepercayaan dari pemuzik-pemuzik senior untuk keluar ke gelanggang atau pentas terbuka.
Setelah mendapat kepercayaan dari pemain muzik senior, Arjunasukma mula mendekati para pemuzik yang ternama dan berpengalaman luas dalam bidang muzik dikir barat. Bermula dari situ beliau mengambil peluang yang ada untuk mendalami ilmu dikir barat ini secara lebih terperinci.
Beliau mempunyai kepakaran khusus dalam bidang muzik dikir barat dan pernah menjadi pemuzik kepada tokoh-tokoh dikir barat ternama di Kelantan seperti Daud Bukit Abal, Salleh Jambu, Jusoh Kelong, Megat Nordin dan Zaidi Buluh Perindu.
Dengan penulisan yang bersahaja dan di penuhi bunga-bunga ayat yang menarik, pasti ramai yang terpikat dengan blog nya..sila lawati sekarang di http://arjunasukma.com
Popularity: 14% [?]








