Di Sepanjang Pertandingan Dikir Barat MAKUM IPTA 2007

pentas makum

Pentas utama pertandingan , Dewan Sultan Mizan UMT

Sebelum tahun 2007 melabuh kan tirai, pada 26 hingga 28 Disember 2007 tempoh hari. Berlansungnya pertandingan Dikir Barat MAKUM 2007 bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

makum 2007

Pasukan sedang beraksi

UMT telah menjadi tuan rumah buat kali kedua berturut-turut dengan penyertaan kali ini lebih meriah iaitu sebanyak 14 IPTA telah menghantar wakil pasukan masing-masing berbanding pada tahun 2006 hanya 8 pasukan yang bertanding.

makum dikir barat 2007

Para peminat dan penonton pertandingan.

14 pasukan bertanding terdiri daripada UKM, UTM, UTHM, UMT, UIA, UM, USM, UMS, USIM, UTeM, UniMAP, UPM dan UDM.

Keputusan penuh pertandingan di menanangi oleh UKM sebagai penyandang Johan, UM sebagai Naib Johan dan UIA tempat ketiga. Pakaian terbaik dimenangi oleh UMT, muzik terbaik oleh UMS, tukang karut terbaik di menangi oleh UKM dan akhir sekali, tok joro di sandang oleh UM.

 

UKM

Johan pertandingan : Kumpulan Tunas Warisan Anti Sukma, UKM

Mutu pertandingan dan persembahan boleh dikatakan meningkat mengikut dari pendapat pemerhati pertandingan.

Dari pengalaman penulis yang ikut serta dalam pertandingan sebelum ini, adalah lebih meriah jika di adakan pada musim pengajian kerana kehadiran penonton yang lebih ramai.

Semoga pertandingan akan datang akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai penonton di kalangan pelajar dan peminat-peminat dikir barat sendiri.

Tonton Video pertandingan oleh pasukan Citra Deewana, UTM

Video #1

Video #2

Rujuk juga :

Suka duka MAKUM-KUSTEM 2007

Ulasan dan pandangan dari Komuniti Dikir Barat Malaysia