2007-01-22
Bekwoh Anak Kelate : 7000 Anak Kelate Hadir
Hampir 7,000 anak Kelantan di Lembah Kelang Berhimpun di Universiti Malaya (UM) sempena Seminar Pembangunan dan Hari Kebudayaan Kelantan anjuran Majlis Kemajuan Kelantan (MKK).
Program sarat dengan dengan seminar, persembahan dikir barat, pertunjukan silat, rebana, kertuk dan wayang kulit. Gerai-gerai jualan dan pameran Kraftangan dari kelantan turut disediakan serta di jamu dengan gulai kawah.
Antara yang hadir ialah Datuk Seri Anuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Dr. Awang Adek Hussin.
Tabung Kebajikan dan Pendidikan-Pakatan turut dilancarkan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan.
Sumber: KOSMO (22.1.2007)



