2007-03-14
Bagaimana Untuk Menanam Tembakau
[youtube]I1QSsXvIwCc[/youtube]
Penanam tembakau adalah industri pertanian utama di Kelantan dan menguasai 60% pengeluaran tembakau di Malaysia. Walaubagaimanapun industri pertanian ini sedang di kurangkan kerana tembakau bukan lagi kegiatan yang berdaya maju.
Rujuk Objekti Bajet Ekonomi 2007
31. Beberapa kegiatan sektor pertanian kini tidak lagi merupakan kegiatan yang berdaya maju, seperti penanaman tembakau, terutamanya di Kelantan.
Oleh itu, adalah wajar bagi petani dalam bidang berkaitan beralih kepada tanaman atau industri lain yang berpotensi menghasilkan pendapatan lebih tinggi.
Untuk memudahkan peralihan ini, petani akan diberi akses kepada kemudahan pembiayaan, termasuk dari dana yang diuruskan di bawah Bank Pertanian.
Memandangkan Kerajaan kini memberi tumpuan kepada beberapa projek besar dalam bidang pertanian, koperasi digalakkan untuk memainkan peranan dalam projek baru ini.
Pengusaha projek-projek pertanian, khasnya di luar bandar, diseru memilih koperasi menjadi rakan kongsi.
Sumber: Kamaluddin’s Blog
Sejarah Awal Industri Tembakau Di Malaysia
Industri tembakau di Malaysia bermula dengan tembakau cerut. Ianya ditanam dengan meluas dan menjadi salah satu dagangan utama bagi ekonomi negeri Sabah sejak awal abad kesembilan belas, setalah didapati penanamannya berjaya diusahakan pada tahun 1883.
Kawasan utama penanamannya ialah di Lembah Sungai Sagama, Lahat Datu, Sabah. Pada satu ketika ianya menarik perhatian lebih dari lima puluh pengusaha dari Eropah dan mencapai nilai eksport ke paras RM2 juta pada tahun 1902.
Namun industri tembakau di Sabah mengalami era kejatuhannya pada tahun 1930an disebabkan faktor-faktor seperti banjir, kekurangan modal, pengurusan yang kurang cekap, kejatuhan harga pasaran dunia dan dasar “tutup pintu” pedagang Amerika terhadap barangan import.
Manakala industri tembakau jenis virginia pula bermula di Semenanjung Malaysia setelah percubaan penanamannya didapati sesuai pada tahun 1931 di Ladang Penyelidikan Kerajaan, Serdang, Selangor. Namun perkembangan industri ini agak perlahan disebabkan Perang Dunia Kedua.
Selepas perang, khususnya di tahun 1959 usaha untuk meningkatkan tanaman tembakau telah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh. Di pertengahan 1970an pula penanaman tembakau berkembang maju iaitu dengan Kelantan (60%), Terengganu (11%), Kedah (5%), Perlis (4%), Pahang (2%) dan lain-lainnya di negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
Sumber: Lembaga Tembakau Negara
Baca: Rancangan Penstrukturan Semula Industri Tembakau (RPSIT)II



