Baca Akhbar Sinar Harian Secara Online !

Berita baik bagi penggemar akhbar Sinar Harian yang tidak berpeluang membaca secara offline, pihak Karangkraf sudah melancarkan akhbar Sinar Harian versi online dan digital.

sinar harian online

21. June 2007 by sobekmy
Categories: Umum | 13 comments

Comments (13)

  1. Jangan lupa datang tengor teater Selipar Jepun di Stor Teater DBP pada 20-22 Julai nanti. Sila lawati http://www.svarnabhumi.blogspot.com untuk keterangan lanjut.

  2. Jangan lupa ada dikir barat di situ nanti, ini cuba nak membawa masuk dikir barat di dalam teater, kan ia juga sebuah bentuk muzikal. marilah

  3. sinar harian

  4. Sinar siar manyak berita palsu.Editor tolong ambil perhatian. Jangan asyik nak sensasi saja. Berita ditulis tak benar. Nyaya kpd. pembeca.

  5. Sinar sering tulis berita X benar. Nyaya kpd. pembeli dan pembali akhbar Sinar baca berita palsu. Wartawan X bertanggung jawab.

  6. sinar harian harapan baru

  7. knpa xbleh bca sinar harian secara online???

  8. HARAM JUAL KURMA ISRAEL,KATA PAKAR FIQH
    JEDDAH:seorang pakar ilmu fiqh di Akedemi fiqh Islam yang beribu pejabat di jeddah,Dr Ahmad ar-Risuni berkata bahawa mana-mana individu Muslim yang menjual buah kurma yang diimport dari israel adalah haram.
    ini kerana negara berkenaan menanamnya diatas bidang tanah yang dirampas daripada pemilik asal di kalangan warga PALESTIN dan ia dianggap sebagai menyokong padu ekonomi negara haram itu katanya.
    beliau berkata demikian sebagai maklum balas berdasarkan soalan yang dikemukakan oleh pelajar-pelajar maghribi melalui laman sesawangnya.
    pelajar berkenaan begitu sensitif dengan produk kurma israel yang dijual berluasa di bazar ramadan Maghribi yang disifatkan sebagai membantu memperkasakan kedudukan ekonomi israel yang akhirnya digunakan membeli senjata untuk membunuh umat islam palestin seluruhnya.
    Dr ahmad ar-Risuni yang bercakap kepada wartawan “islamonline.net” menjelaskan,bahawa buah-buah kurma israel dianggap sebagai produknya sama seperti bahan-bahan lain dipasaran yang haram dibeli oleh segenap umat islam seluruh dunia.
    “Maka apa sahaja yang berkaitan dengan israel,sama ada mengimport,menjual,membeli adalah haram,malah mendapat keuntungan daripadanya juga adalah haram,”katanya.
    tegas beliau,ia jadi haram kerana dua sebab,pertama buah-buah kurma tersebut ditanam di atas bidang tanah umat Islam Palestin yang dirampas secara paksa,maka mana-mana hasil tanaman daripada sumber rampas adalah haram,adalah berdosa jika terdapat umat islam terlibat secara langsung atau tidak dengan gerakan zionis.
    “kedua,membeli barangan israel,bukan buah kurma sahaja,malah semua produknya dianggap sebagai membantu memperkasa dana zionis untuk mengekalkan tindakannya merampas milik orang-orang islam palestin,maka yang menyokongnya dikira juga sebagai penjenayah yang patut dihukum.
    namun para peniaga yang menjual buah-buah kurma israel tersebut mempunyai alasan dengan mengatakan,bahawa buah adalah makanan”ahli kitab”yang diharuskan oleh Al-Quran.
    namun sebagai jawapannya Dr.Ahmad menegaskan,bahawa pengharaman ini tidak ada kena mengena dengan makanan”ahli kitab”dikalangan yahudi atau nasrani.
    Menurut Dr.Ahmad,maklumat yang beliau terima melalui laman sesawangnya yang dihantar oleh beberapa pelajar maghribi tentang buah kurma import dari israel itu dikenal pasti sebagai Agrexco dan Hadiklaim yang tiba di maghribi beribu-ribu tan metrik yang jelas usaha untuk memperkayakan syarikat yahudi.
    Terdapat jenama-jenama lain menggunakan syarikat arab yang juga diimport dari israel seperti buah kurma Jordan River,Jordan Plains,King Solomon,Bat Sheva,Bahri dan Carmel.
    Para pelajar berkenaan mengharapkan agar Dr.Ahmad dapat membuat sesuatu bagi menghalang umat Islam dari membeli produk-produk israel itu.
    Walau bagaimanapun menurut sumber,pihak berkuasa Maghribi telah menafikan bahawa pihaknya telah mengimport sejumlah besar buah-buah kurma dari israel malah menegaskan bahawa tidak ada hubungan dengan israel sejak pihaknya menarik balik hubungan diplomasi pada 2000,malah katanya ia dibuat oleh individu atau syarikat yang haluba untuk mendapat keuntungan tanpa mengira produk musuh islam.-islamonline.net

  9. bleh x msukkan keratan akhbar RIMUP di sk kampung jambu..perlukan secepat mungkin !!!

  10. SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI KESIHATAN

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia
    Pejabat Menteri Kesihatan
    Blok E Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    PUTRAJAYA
    3 OGOS 2011

    Yang Berhormat Menteri:
    Penyelarasan Elaun Sarahidup Pelatih Sains Kesihatan Bersekutu KKM (ESPSKB KKM)

    Kami memohon budi baik YB Menteri untuk menyegerakan Pelarasan ESPSKB KKM di atas berikutan penyelarasan Gaji mengikut Skim Saraan Malaysia (SSM) mulai 1 September 2007.

    2. Untuk makluman YB Menteri, Elaun Latihan Pra Perkhidmatan KKM telah ditetapkan oleh JPA bertarikh 16 Mac 1981 berikutan keputusan Jawatankuasa Kewangan Kabinet 1981. Pehak KKM telah tidak menyelaraskan ESPSKB RM 345 (Diploma) dan RM 285 (Sijil), selama 20 tahun dari 1981 sehingga 2001, di mana dalam tempoh tersebut Elaun sepatutnya di selaraskan (Kenaikkan) 4 kali. Bagaimana pun KKM telah menyelaraskan ESPSKB KKM kepada RM 551.10 (Diploma) dan 456.50 (Sijil) mulai 1 Julai 2001 berikutan Surat JPA 20 September 2001. Bagi Kali ke 2, KKM telah menyelaraskan kenaikkan pada tahun 2002 kepada RM 606.21(D) dan RM 502.15 (S) dan penyelarasan kali ke 3 mulai 1 November 2002 kepada RM 621.21 (D) dan 517.15 (S) (berikutan kenaikkan gaji RM 15 Perkhidmatan Awam) melalui Surat JPA 15 Januari 2003.

    3. Kerajaan telah melaksanakan kenaikkan Gaji 20% kepada Anggota Perkhidmatan Awam melalui Pelarasan Gaji Skim Saraan Malaysia mulai 1 September 2007. Semua kakitangan kerajaan telah menikmati kenaikkan gaji penyelarasan tersebut. Bahkan Pelatih Pra Perkhidmatan yang lain seperti Pelatih Guru, Pelatih Polis, Pelatih Tentera, Pelatih PTD dan lain-lain telah diselaraskan mulai 1 September 2007.

    4. Empat tahun sudah berlalu. Adakah KKM hanya akan menyelaraskan kenaikan elaun ini 20 tahun lagi?, setelah kakitangan Kerajaan menerima pelarasan kenaikkan gaji 4 kali seperti yang telah berlaku dari tahun 1981 hingga 2001. Perkara ini berlaku kerana Pegawai yang bertanggungjawab tidak bertanggungjawab dengan menyimpan Surat Dasar JPA di dalam Fail. Apabila Fail di tutup, maka dasar pelarasan kenaikkan ESPSKB pun turut ditutup dan dimaterikan. Pegawai yang bertanggung jawab telah DIMAKLUMKAN DUA TAHUN dahulu TETAPI MASIH TIDAK BERUSAHA MENYELARASKAN kadar ESPSKB kelulusan Kerajaan 1 September 2007. Apabila ditanya akan sediakan Kertaskerja. Dah 4 tahun Kertaskerja belum siap. Di bulan Ramadan yang mulia ini hentikanlah kezaliman yang dilakukan ke atas ratusan ribu Pelatih Pelatih ASKB

    5. Setengah Kami datang dari keluarga miskin, juga untuk makluman YB Menteri, setengah asrama yang disediakan dalam keadaan daif. Surat JPA 20 September 2001 menggariskan ESPSKB tersebut mengandungi unsur perumahan (sewa asrama). Tetapi apabila Kakitangan Awam dibayar elaun rumah pada tahun 2005, maka Pelatih sepatutnya disediakan asrama dengan tidak dikenakan apa-apa bayaran. JPA memaklumkan kadar elaun dahulu mengandungi unsur perumahan dan makanan (Rujuk perenggan 4 surat JPA bertarikh 16 Mac 1981 dan perenggan 4 bertarikh 20 September 2001)

    6. Oleh yang demikian kami merayu YB Menteri mengarahkan KKM mengambil tindakan menyelaraskan elaun ESPSKB seperti dalam Surat JPA bertarikh 16 Mac 1981 DENGAN TUNGGAKAN DARI 1 SEPTEMBER 2007 dan TANPA DIPOTONG BAYARAN ASRAMA.

    Sekian, Kami dahului dengan ribuan terima kasih atas jasabaik YB Menteri.

    BAPA PELATIH ASKB YANG TERINANYA

    ………………………..

    Sk;
    Ketua Setiausaha KKM

  11. BILA NAK SIARKAN KAT AKHBAR SINARAN. DAH 4 TAHU TAK ADA TINDAKAN SELARASKAN ELAUN

  12. haha

Leave a Reply

Required fields are marked *

*