2007-04-12
Allahyarham Cikgu Naim Dalam Kenangan
Allahyarham Cikgu Naim…mmg tidak asing di kalangan peminat dikir barat. Di awal tahun 2000 kemunculan satu gelora baru dlm seni dikir iaitu VCD dan CD.
Dengan arus ini nama Cikgu Naim berdentum melonjak menghiasi dada-dada dunia hiburan dikir barat dengan meriahnya.
Lontaran idea dan modal-modal bernas dari lirik lagunya membawa beliau lebih laju melangkah ke depan dalam arus persaingan lagu-lagu yang membawa mesej-mesej dan jenaka ringan dari isi hati ke khalayak sehingga memberi impak yg tiada taranya di kalangan penggemar dikir…
Jiwa kekampungannya diterjemahkan kepada suara lantang melalui lagu secara tak langsung mengajak penggemar dikir barat yang berbilang watak dan cara hidup mengenal perit jerih suasana hidup sebagai orang kampung..
Seorang pelajar berterima kasih kepada guru…seorang rakyat marhain melafaz isi hati kepada pembesar negeri dan tak lupa juga lagu-lagu motivasi yang boleh membangkit persoalan di mana kita sepatutnya berada.
Ini gambaran hamba..utk lebih jelas perhalusilah lagu dan jalan cerita dlm2 lagu-lagunya..Beliau seorang guru..pendidik..namun di dalam bangsal berdikir..gelaran cikgu itu ditinggalkan bersama baju kemeja seluar slack di rumahnya..
Dalam bangsal berdikir Cikgu Naim adalah Naim…seorang tukang karut..boleh bergurau senda..bertegur sapa..dengan jujur mencemar duli untuk bergaul dengan awak2 dikir yang berbilang jenis watak lakaran peribadi..dari golongan berkaki ayam hingga ke bersepatu kulit.
Apa yang hamba boleh banggakan dari beliau…Sombong dan bongkak dlm seni tiada pun terbenih sekelumit dlm dirinya…Semoga antara kita boleh mewarisi sifat ini…Kita hanya insan biasa tidak terlepas dari kesilapan…Orang yang lebih mengenali Cikgu Naim pasti akan faham maksud ayat terakhir hamba ini…
*** Gugurmu terpahat seribu makna ***
Nukilan oleh abeyie@arjunasukma



