DIY Akok Kelantan Tiga Segi

Sempena menyambut bulan Ramadhan nie, tidak sah jika tiada kuih Akok untuk di jadikan juadah berbuka. Bagi sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kuih akok ini boleh mencuba buat sendiri dengan kelangkapan yang ada di rumah.

 Akok Kelantan

Alatan utama yang di gunakan adalah pembakar roti 3 segi (toaster) dan bahan-bahan yang gi gunakan untuk membuat akok seperti resepi di bawah :

Resepi Kuih Akok

  1. 8 biji telur ayam saiz kecil
  2. 1 cawan pati santan
  3. 1 cawan air
  4. 3 ketul manisan (gula melaka)
  5. 3/4 cawan tepung
  6. 2 helai daun pandan
  7. 1/3 sudu kecil garam

Cara-caranya

  • Masak air + pandan bersama nisang hingga larut
  • Kemudian masukkan santan dan garam. Tutup api dan biarkan suam
  • Kisar (blend) telur kemudian masukkan bancuhan santan tadi serta tepung, blend lagi sehingga sebati
  • Panaskan pembakar roti
  • Apabila acuan pembakar roti dah panas boleh masukkan adunan tadi, bakar hingga masak (apabila kembung biarkan sebentar dan boleh keluarkan daripada pembakar roti)

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa dengan akok 3 segi anda ;)