Luahan Hati Para Peminat Dikir Barat

Semakin tua dunia ini, semakin hebat pengaruh luar yang merosakkan jiwa remaja terutama penyanyi dikir barat di Kelantan. Keaslian dikir barat juga kian terhakis oleh penerbit-penerbit vcd dikir barat di Kalantan yang 100% melayu cuba membawa imej buruk dalam dunia dikir barat.

Hal ini jelas dengan penerbitan vcd dikir barat yang bertajuk Jagoh 3 Pesona Dikir yang telas mencetus kemarahan peminat dikir barat terutamanya masyarakat Kelantan yang terkenal dengan sifat lemah-lembut dan kesopanan yang tinggi. Apabila VCD ini dijual di pasaran, ia telah sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa remaja dengan berpakaian ala-ala penyanyi dangdut Indonesia.

Jadi apa pandangan kita? bersama-samalah kita renung-renungkan dan ayuh bersama-sama mencari jalan atau membuat sesuatu supaya anak muda kita terutama remaja yang baru mengenal erti hidup, wang dan glamour rela mengorbankan maruah untuk kepuasan dengan tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat Malaysia dan Kelantan khususnya.

Video luahan rasa hati oleh peminat dikir barat oleh para ahli Komuniti Dikir Barat Malaysia di garab di dalam video di bawah

Artikel berkaitan :-

Mafaka.org – Wahhhh …..