Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Jutawan di Kelantan?

[Terkini!] Bengkel Cashflow Di Johor Bharu

Anda menginginkan kehidupan sebagai Jutawan di Kelantan? Persoalan utama sekarang ialah, apakah langkah pertama yang anda patut lakukan untuk menjadi seorang jutawan?

Pada 24 Jun 2007 bertempat di Rumah Kelab BicaraJutawan.com di Bandar Baru Bangi, saya berpeluang bermain permainan Cashflow 101 ini bersama-sama para blogger lain (Shuth, En Aku & Adiknya, Mat Niaga, Bai, Dr Azwan, Haslam dan Fuad).

Cashflow Game Board (Kredit:Shuth)

Apa yang membuatkan saya teruja untuk bermain Cashflow 101, kerana selama ini hanya membaca buku Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad secara teori sahaja tanpa mempraktikanya lagi dan jika dibandingkan dengan kursus kewangan lain yang lebih kepada teori semata-mata, bengkel ini lebih kepada pratikal.

Bengkel Cashflow 101 adalah simulasi pengurusan kewangan yang membolehkan saya mengetahui bagaimana untuk menguruskan keluar masuk duit melalui penyata kewangan dan ini boleh di implementasikan dalam pembelanjaan seharian.

Penyata Kewangan + Wang Kertas (Kredit:Shuth)

Semua orang yang inginkan kebebasan kewangan diwajibkan menyertai bengkel Cashflow 101 tidak kiralah anda seorang nelayan, petani atau pekerja sabagai penyapu sampah MPKB sekalipun pun. Percaya atau tidak, anda semua berpeluang memiliki kebebasan kewangan jika anda bersedia mempelajari ilmu pengurusan kewangan yang betul.

Peserta Sedang Berentap (Kredit:Pakdi)

Terima kasih Pakdi & the gang kerana menjemput saya. Bengkel Cashflow akan melebarkan sayap ke Johor Bharu. Bila pula nak ke Pantai Timur Pakdi?

P/S : Sambil-sambil bermain cashflow tue, boleh layan lagu Dikir Barat Cikgu Naim – Tikus Masyarakat. Lagi cepat keluar dari Rat Race nanti ;) tapi jangan jadi Tikus Masyarakat…hehe