Kejohanan Futsal Terbuka Pakatan 12 Jun 2007
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan & Rekreasi PAKATAN akan menganjurkan Kejohanan tersebut pada hari Ahad, 17 Jun 2007 bertempat di Kompleks Sukan Sports Planet Ampang, Jalan Memanda 9, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.
Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin menjemput pasukan Futsal dari pihak tuan/puan bagi turut bersama mengambil bahagian didalam kejohanan tersebut.
Semoga dengan penyertaan pasukan Futsal tuan/puan dapat memeriahkan lagi suasana pertandingan.
Adalah dianggarkan terdapat sebanyak 150 Pasukan Futsal disekitar Lembah Klang dan Selangor yang akan menyertai kejohanan ini pada tarikh tersebut.
Sungguhpun kejohanan ini dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Kelantan (PAKATAN), namun pasukan yang akan bertanding adalah terbuka untuk semua warga di Lembah Klang.
Matlamat penganjuran kejohanan ini adalah untuk membina semangat setiakawan serta kerjasama di kalangan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan lapisan umur melalui penglibatan dalam sukan. Ianya juga bertujuan mewujudkan perpaduan dan integrasi di kalangan kaum.
[Download] Borang Penyertaan
(MOHAMAD SAUFI BIN SHAFIE)
Pengerusi
Biro Sukan & Rekreasi PAKATAN