Karnival Halal Kelantan 2006
Mencari yang halal itu satu kefarduan. Bermula 20 hingga 30 November bertempat di Balai Islam Lundang, dari jama 10 pagi hingga 12 malam.
Karnival Halal Kelantan 2006 diadakan dengan penuh meriah dengan gerai-gerai pameran dan jualan dibuka untuk orang ramai.
Selama 11 hari berkampung pelbagai gerai pameran dan jualan seperti komputer, makanan segera, majalah dan buku, agensi kerajaan, insurans, makanan tambahan dan pelbagai lagi menyambut tetamu yang berkunjung disamping memberi kesempatan kepada mereka menambah pengetahuan melalui pameran yang diadakan.
Pengunjung juga disajikan dengan pelbagai informasi dan acara untuk memeriahkan suasana karnival. Antaranya, seminar, forum, pertunjukan kebudayaan (dikir barat, silat, tomoi), pertunjukan fesyen, demonstrasi masakan dan cabutan bertuah.
Kemeriahan karnival bukan sahaja didalam dewan besar, di luar perkarangan juga turut di penuhi dengan gerai jualan makanan dan barangan seperti kristal, emas campuran dan aksesori.
Sumber: Sinar Harian, Khamis, 30 November 2006.
Kaitan : World of Halal