2009-11-7
1001 Fakta Menarik Tentang Pasukan Kelantan Menjelang Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2009
1. Dijangkakan lebih 60,000 penyokong Kelantan dari seluruh negara akan membanjiri stadium Bukit Jalil. Bahkan hampir separuh tiket final yang di peruntukkan untuk peminat Negeri Sembilan di beli oleh penyokong kelantan di Paroi.
2. KAFA telah menyewa khas kereta api untuk membawa kira-kira 1,500 penyokong dari negeri ini memandangkan kesemua bas telah habis ditempah. Ia akan bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam Jumaat dari Tumpat.
3. Kerajaan Kelantan akan memasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV untuk memudahkan peminat bola sepak menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia.
4. Kelantan Vs Negeri Sembilan disiarkan secara langsung di RTM 1 pada 8.45 malam waktu Malaysia. Kepada semua peminat red warrior yang berada di luar negara, bolehlah mengikuti siaran secara langsung secara live streaming di www.kelate.net
5. Kempen 1 Penyokong 1 Bendera di lancarkan oleh Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan.

6. Rekod baru di catatkan, seramai 1,400 anggota polis termasuk anggota trafik, Unit Simpanan Persekutuan (FRU), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan bahagian jenayah akan ditempatkan di sepanjang jalan dan kawasan luar serta dalam stadium.
6. Persembahan Dikir Barat sempena meraikan dan memeriahkan perlawanan Akhir Piala Malaysia diantara Kumpulan Komuniti Dikir Barat Malaysia VS Kumpulan Dikir Barat Bandar Teknologi Kajang dengan kerjasama Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan di perkarangan stadium pada hari perlawanan.
*persembahan Dikir Barat pada Akhir Piala F.A lepas
7. KAFA dengan kerjasama kerajaan negeri Kelantan akan mengumumkan tahun depan sebagai 2010 Tahun Bola Sepak Kelantan.
8. Kerajaan Negeri sudah mempunyai tapak di kawasan Tunjong untuk dibangunkan dengan pembinaan sebuah stadium baru bagi menggantikan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.
9. Kerajaan Negeri akan membiayai pakej umrah kepada pasukan bola sepak negeri itu sebagai ‘hadiah’ kerana telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia, yang akan berlangsung Sabtu ini.




